Yang menyambut ulangtahun ke
Naked Butterfly - Dreamwalk (1995)
Dreamwalk adalah sebuah album yang patut diberi perhatian. Sayangnya peminat muzik di Malaysia pada ketika itu (terutamanya di arena mainstream - memandangkan album ini di edarkan oleh label mainstream - Warnada) tidak dapat menerimanya. Meraka hanya dikenali dikalangan penyokong muzik bawah tanah. Mungkin juga kerana masalah bahasa. Lagu-lagu berbahasa Inggeris biasanya agak sukar untuk menembusi pasaran mainstream di Malaysia.
Kalau nak kata ianya melangkaui zaman, tak juga. Genre sebegini telah mula bertapak sejak penghujung 80an lagi. Red Hot Chili Peppers telah menjadikannya mainstream sejak awal 90an lagi. Mungkin selera pendengar muzik di Malaysia yang berbeza.
Memang sukar untuk tidak membandingkan muzik Naked Butterfly dengan band-band funk rock/metal orang putih seperti Red Hot Chili Peppers, Fishbone, Faith No More dan lain-lainnya. Pastinya pengaruh dan hala tuju mereka adalah berkiblatkan band-band tersebut. Tetapi yang paling menariknya kalau di Malaysia, merekalah yang pertama merakamkan album dengan konsep yang sebegini.
Memang lama dah saya nantikan album anak tempatan yang sebegini sejak mula terpengaruh dengan RHCP dan FNM. Akhirnya inilah jawapan kepada penantian saya. Walaupun terdapat juga pengaruh grunge dalam beberapa buah lagunya, maklumlah tahun 1995...biasalah...zaman grunge, tetapi secara keseluruhannya ini sememangnya "killer" album. Semua lagu best.
Sayangnya, Dreamwalk adalah satu-satunya produk dari mereka. Saya sememangnya berharap ada lagi album-album yang seterusnya. Tetapi apakan daya. Inilah satu-satunya legasi dari mereka. Dengan separuh dari anggota bandnya telah pun meninggal dunia, Naked Butterfly hanya tinggal nama. Nama yang menjadi lagenda bagi mereka yang menyukai genre muzik yang sebegini.
Harapnya suatu hari nanti album ini akan diterbitkan dalam bentuk cd. Supaya legasinya akan terus kekal untuk generasi yang mendatang.
Terbaik!
Untuk ulasan yang lebih arif dan pro sila rujuk >SINI< dan >SINI<
Baru tahu ni semua baca posting kau
ReplyDeleteni rock ke? klu ade kene mengena dgn rock aku beli? hehe
ReplyDeletePenah tau pasal band ni tapi taktau pulak ada rilis album ni.kalo tak silap band ni ada dlm compilation apa tah dulu lupa lak aku
ReplyDeleteReview la Happy Nightmare
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemulanya aku ingat band org putih
ReplyDeleteBaru perasan Edrie Hasyim tadak kat inlay, rupanya dia masuk lewat dan band tukar nama lepas tu menurut Wan Beruas..
ReplyDeleteBaru perasan Edrie Hasyim tadak kat inlay, rupanya dia masuk lewat dan band tukar nama lepas tu menurut Wan Beruas..
ReplyDelete