Monday, February 8, 2016

Unleash The Fury

Lagi entri yang tak sempat siap dari tahun lepas.

Yang menyambut ulangtahun ke 10 11


Yngwie Malmsteen's Rising Force - Unleash The Fury (2005)

Sebagai peminat setia Yngwie Malmsteen,  tiada apa yang saya perlu komplen. Mungkin sahaja saya bias tetapi saya cukup gembira dengan hala tuju Unleash The Fury. Malmsteen tidak lagi berusaha mencari peminat baru dengan membuat lagu-lagu pop radio friendly atau terus berexperimen.


Mungkin ianya agak oudated bagi generasi terkini. Tetapi Unleash The Fury muziknya agak kasar, berat dan laju. Itu yang sepatutnya. Malmsteen kembali dengan neo-clasical metalnya. Tiada cheesy ballad. Just pure metal dan pure Malmsteen. Jika anda tak suka bermakna anda sememangnya bukanlah peminat beliau sejak dari asalnya.

Haters gonna hate. Lawaknya orang yang mengutuk Malmsteen kerana bermain benda yang sama adalah mereka yang sama juga mengutuk bila Metallica berubah.


Walaupun produksi soundnya sedikit temggelam tetapi Unleash The Fury pada saya sangat sesuai untuk mereka yang sukakan Malmsteen di era 80an. Ada juga sedikit recycle dari rif lagu-lagu lama tetapi secara keseluruhannya memang saya suka. Vokal beliau dalam lagu "Cracking the Whip" dan  "Cherokee Warrior" pun boleh tahan juga.

Sesuatu yang kalau nak saya komplen pun cuma gambar covernya. Tak menarik langsung.




6 comments:

  1. Nice review, tengok cover pun memang kena ngan review kau..
    dulu2 aku sekolah menengah, kawan aku pernah cakap, eh... yngwie malmsteen yahudi tau.
    takpelah, gene simmon lagi yahudi... Gene $immon. Haha

    ReplyDelete
  2. dah berpuluh2 album Malmsteen ni.. tp x kisahlah.. xramai org bleh jd macam malmsteen.. penggemar berat beliau akn beli jga sume album2nya.. ape jua pun dulu2 gak yg best hehe...

    ReplyDelete
  3. start album ni yang dia dah nyanyi sendiri eh?tak guna penyanyi undangan dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga...album ni Doogie White yang nyanyi...Malmsteen nyanyi 2 lagu ajer...

      Delete
  4. Dah start tak follow Yngwie bermula album ni

    ReplyDelete