Monday, February 22, 2016

The Ultimate Sin

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ni, 22hb Februari....


Ozzy Osbourne - The Ultimate Sin (1986)

1986 adalah tahun hebat untuk heavy metal. Tahun yang saya mula benar-benar terjebak. The Ultimate Sin adalah salah satu darinya.

Tidak seperti album-album Ozzy yang sebelumnya. Album ini saya dengar pada tahun ianya diterbitkan. Maka ianya lebih bernostalgia berbanding album-album sebelumnya. Memang tak boleh lupa kenangan ber"air guitar" menggunakan raket badminton ketika lagu "Shot in the Dark" dimainkan, Biasalah zaman masa budak-budak baru nak "up".

Album ini mengenalkan saya kepada Jake E. Lee. Mungkin agak sukar untuk beliau mengantikan tempat Randy Rhoads. Harapan yang terlampau tinggi. Tetapi saya bukannya pendengar Ozzy dari zaman Randy, makanya itu bukan satu masalah untuk saya. Cara beliau memang tidak sama dengan Randy. Beliau dengan cara beliau sendiri. Saya tidak mengikuti sangat muzik Ozzy selepas beliau di pecat. Mungkin ianya tanda protes dari saya terhadap Ozzy. Heh!..


The Ultimate Sin muziknya agak komersial. Banyak bunyian keyboards. Tetapi tiada siapa yang boleh menafikan kerja gitar Jake E. Lee. Solo-solonya memang hebat. Pada saya itulah tarikan utama album ini selain melodi lagu-lagunya yang sedap-sedap. Lagu kegemaran saya sudah semestinya "Killer of Giants". Selepas 30 tahun pun masih tak jemu-jemu untuk didengar.

Album ini juga mengingatkan saya kepada zaman tape video VHS "The Ultimate Ozzy". Syiok tengok Jake E. Lee punya gelek. Tu yang terus ber"air guitar" depan cermin tu. Hahaha....

Best!



5 comments:

  1. Ozzy dulu2 semua best eh..
    kenangan manis ni semua.
    first time dengar ni pinjam kaset kawan aku

    ReplyDelete
  2. Aku pun kenal ozzy zaman jake jugak.

    ReplyDelete
  3. perna beli satu je cd ozzy, itu pun jual murah, ntah kemana sudah cd tu.

    ReplyDelete