@ Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
layang gambar la sambil semabang-sembang....
Ini adalah percubaan kedua kesini selepas tidak berjaya pada November lalu kerana kes tanah runtuh. Biasalah kawasan tanah tinggi, kalau muzim hujan memang kena berhati-hati. Sama kes macam kalau mendaki Cameron Highland.
Masuk kena bayar. RM13 dewasa dan RM8 kanak-kanak. Mahal. Tapi kalau menginap kat resort atas tu boleh minta waive. Sebenarnya bukan entrance fees sahaja yang mahal. Semua benda pun mahal kat atas tu. Kadang-kadang rasa tak berbaloi dengan apa yang ada.
Kami menginap semalam kat atas tu. Bilik hotelnya ok tapi harganya paham-paham sahajalah. Paling tak tahan bila nak makan. Semua pun mahal giler. Buffet dia memang tak berani nak tengok la...hahaha...Tak banyak pilihan pulak tu. Kebanyakannya memang makanan orang putih. Maklumlah sini konsepnya adalah bandar Perancis. Makan pizza pun kalau jenis yang macam kami ada 3 orang anak yang kuat makan....memang parah kocek la....haha...
Kawasan tersebut memang tak jumpa la warung tepi jalan. Atas nasihat budak hotel, kitorang malam-malam turun bawah balik masuk lebuhraya karak makan kat Kg Bukit Tinggi. Kat kawasan rumah kedai situ ada satu restoran makanan melayu dan satu restoran mamak. Barulah boleh makan kenyang tanpa kepala pikir berapa keping lagi duit yang tinggal kat dalam dompet...hahaha...
Sebenarnya tak ada apa sangat pun kat atas bukit ni. Selain dereten kedai dan bangungan ala-ala Perancis (tak luas mana pun kawasannya) tiada apa pun lain yang menarik. Kalau belah siang boleh juga ke perkampungan Jepun. Kalau belah malam memang lepak-lepak makan ajer la. Ada la show ala-ala circus dari Negara China.
Gambar-gambar ni majoritinya di ambil selepas subuh (dalam lebih kurang 7 am gitu). Orang lain tengah membuta. Tu pasal lengang giler. Satu town kita punya. Menjelang pukul 10 (kena pula hari ahad time cuti sekolah) memang sesak la. Nak parking kereta pun payah.
Sebenarnya tempat ni yang bestnya hanya untuk bergambar. Feeling sejuk macam kat Perancis. Senibina kat sini sememangnya berdasarkan daerah Alsace di Perancis.
Kalau duit tak berapa nak ada, datang balik hari ajer la. Ambik gambar. Pose sana sini. Selfie dua tiga keping lepas tu balik. Yang penting janji dah sampai. Ye tak?
Colmar Tropicale @ Bukit Tinggi kita yang punya!!!.... |
Semoga berjumpa lagi di edisi Sudah Sampai Sini yang lainnya. K Bai.
Sampai sini kena pergi rabbit farm dan bukit jepun tu sekali. Baru lah rasa masa itu dipenuhi. Ahaks!
ReplyDeleteYang jepun tu ada...tunggu edisi sudah sampai sini yang lainnya...ahaks!
Deletenak selfie kena pakai baju tebal2...
ReplyDeletebajet bergambo kat oversea...hahaha...
Deleteala xbeh sket la...pasal susah nk jumpe awek seksi kt tempat cmni..hehe
ReplyDeleteMemula dulu penah plan nak gi sini.tapi tgk harga suma menakutkan tak jadi nak gi.heheh
ReplyDeletewow best ni...
ReplyDelete