Wednesday, February 10, 2016

“Unplugged” Gema di timur Jauh

Lagi yang tertinggal dari tahun lepas.

Yang menyambut ulangtahun ke 20 21...


Search - “Unplugged” Gema di timur Jauh (1995)

Demam MTV Unplugged. Search terbabit sama. Dirakamkan ketika mereka hampir menyambut ulangtahun ke 25. Sayangnya seperti kebiasaan album-album melayu yang kurang menitik beratkan nilai sejarah dan butiran penting, inlay cd ini langsung tidak menyatakan dimana dan bila konsert live unplugged ini dirakamkan. (untuk rekod, ianya dirakamkan di Life Centre pada 18 Okt 1995)

Mungkin bagi penerbit ianya tidak penting. Tetapi perkara-perkara beginilah yang menyebabkan banyak sejarah penting industri muzik kita akan hilang pada masa hadapan. Budaya mendokumentasi tidak ada ada dalam industri muzik kita. Bukan sahaja muzik, perkara yang lain pun begitu juga. Saya teringin nak baca buku autobiography Search, Battle of the Band, sejarah muzik rock di Malaysia dan lain-lainnya. Autobiography Ramlah Ram pun kalau ada menarik juga…haha…ok itu cerita lain….


Berbalik pada cd ini sebenarnya ia adalah rakaman yang menarik. Nak dengar solo-solo Kid secara akustik dan live disinilah tempatnya. Saya tak nak komen tentang persembahan mereka. Mereka memang lejen. Tetapi saya kurang berpuashati dengan pilihan lagu-lagunya. Saya teringin hendak mendengar lagu-lagu heavy mereka di unpluggedkan. Sayangnya mereka lebih menumpukan kepada lagu-lagu perlahan. Pada saya ianya “play safe”, kurang mencabar dan biasa-biasa sahaja.

Saya juga kurang berminat bila mereka ataupun pernerbit album ini lebih menonjolkan bunyian keyboards dari gitar. Ini album unplugged kumpulan rock. Bukannya artis solo. Sepatutnya mereka mengambil contoh bagaimana kumpulan Tesla melakukannya. "Five Man Accoustical Jam" pada saya adalah contoh terbaik bagaimana sebuah kumpulan rock patut lakukan bila membuat persembahan secara unplugged.

Menarik. Tapi bukan untuk saya.




8 comments:

  1. hilang dalam terang.. best juga lagu ni. aku kadang2 layan vcdnya.. bab butiran tu aku tgk band2 underground selalu buat. detail trus..

    ReplyDelete
  2. Dulu ada satu forum, apa ntah forum dia.
    So aku start thread la, simple2 je, setlist setiap show band2 sapa2 semua pergi.
    Then boleh move on setiap show ada beberapa orang rakam bootleg, then semua boleh archive la kan sebagai peminat.
    Especially sekarang ada youtube kan mudah..
    Tapi.....
    rasanya fans melayu masih sibuk datang konsert nak dengar lagu Sejati dan lagu Isabella je.
    Well....
    lantak la... aku hidup dalam dunia syok sendiri aku lagi bagus bila layan rock melayu.

    ReplyDelete
  3. Aku penah baca dlm metro dulu sapa nama reporter tu lupa lak aku.dia review album ni tapi dia komplen pasal amy banyak sebut "ok" bila borak ngan penonton..heheh

    ReplyDelete
  4. pernah masuk tv konsert ni dulu (sama dgn konsert unplugged awie solo)

    paling aku tak lupa dressing diorang yg... hehehe

    ReplyDelete
  5. sebenarnya ade sesi lagu keras taim ni...tp tk dsertakan dlm album ni.. taim lagu laila tu dorg dh tuka set pentas n guna gtar letrik dh

    ReplyDelete
  6. Set lagu keras tu sepatutnya direlease sekiranya material tu ada.

    ReplyDelete
  7. Aku ada kotak dengan inlay aje cdnie. Tah dape punya.

    ReplyDelete
  8. Aku antara penonton konsert ni kat Life Centre masa tu...betul la, masa lagu Laila tu time tu segment lagu heavy. tapi frust sebab masa segmen tu penonton semua duduk je...gila apa lagu heavy layan sambil duduk. Kalau sekarang ok la sebab dah usia 40an a.k.a dah tua :)

    ReplyDelete