Friday, May 20, 2016

786 Ikrar Perwira

Sempana ulang tahun ke 30...


LP Edisi Terhad 30 Tahun Rusty Blade "786 Ikrar Perwira"

Tak sangka la selepas 30 tahun ianya dikeluarkan dalam bentuk piring hitam. Memang tak pernah ada pun dalam versi lp mahupun cd secara penuh sebelum ini. Kalau ada pun hanya dikeluarkan sebagai lagu tambahan dalam cd Rusty Blade "Siri lagenda rock 80an" terbitan tahun 2003. 786 Ikrar Perwira dan Pemuda Rock n Roll ada dalam cd Berat. Gadis Lincah dalam cd Rintangan Hidup Dunia manakala Darah Muda dan Pertama Dan Terakhir dalam cd Awas.


slip cover belakang...yang atas tu belah depan
Lp ini diterbitkan hanya untuk 300 keping sahaja. Edisi Terhad. Maknanya lepas 10 tahun geng kapitalis dah boleh buat duit..haha...tapi serius cakap, lp ni sound sedap. Japanese press 180 gram. Cuma ada juga yang komplen harganya agak mahal berbanding jumlah lagunya yang hanya sekadar lima buah. RM155 sebenarnya mengigil juga nak membayarnya...tapi tak pasti pula berapa kos untuk menghasilkannya...

"cover/sleeve"nya mengekalkan artwork kaset yang asal. Cuma muka Jatt BDB tu takder la...

Berbaloi atau tidak bergantung siapa diri anda sebenarnya. Lp Siti Nurhaliza sebelum ini pada saya tidak berbaloi dengan harganya. Saya tak minat Siti. Berapa pun harganya sememangnya tidak berbaloi untuk saya (Maaf peminat Siti...ini sekadar contoh) tetapi 786 Ikrar Perwira adalah sebahagian dari catatan kenangan awal remaja saya. Mana mungkin ianya tidak berbaloi. Selagi termampu sudah pasti saya akan cuba untuk memilikinya.

"cover/sleeve" belakang
Mendengarnya satu demi satu kenangan di tingkatan 3 bermain di depan mata. Siapa awek cun kelas sebelah pun tiba tiba boleh terlintas di kepala..haha..tapi secara seriusnya, kalau rock melayu, selepas Search dan BOTB, inilah album yang menjadikan saya peminat rock tegar.


Mereka memang unik. Lain dari yang lain. Heavy metal yang sebenar. Semua lagu sedap. Semua tak jemu dengar...


Bezanya versi LP 30 tahun ni dengan kaset, dia takder lagu Jatt Black Dog Bone (Kau Pergi Tiada Pengganti – cover Still Loving You daripada Scorpions), Shirley (Kau Kini Mengerti dan Sebatang Lilin) dan Pelangi (Ingat-Ingat Lupa). Bagus juga takder...kalau ada buat leceh ajer...


Antara kandungan di dalamnnya...kertas lirik...cuma sdekit kemusykilan...dalam cd tulis lagu-lagunya ciptaan Yantzen...tapi kat sini Azizan Abu Bakar (Zan)


Dan poster klasik Rusty Blade MK 1 - Zan (dram), Khalid Mobin (gitar), Yantzen (vokal), Razak (bass) dan Mamat (gitar)


Last sekali piring hitam manisnya. Harapnya lepas ini Life akan keluar pula lp yang lainnya. Khabarnya XPDC pun ada dalam senarai. Memang nak kena puasa awal la ni...adeh...

#hatigembirapoketmenangis

Terbaik dan rekomended!!!






13 comments:

  1. Sempoi bro, nie koleksi mampu tengok je..xd...

    tak jelas.. "Bezanya versi LP 30 tahun ni dengan kaset, dia takder.."
    bukan ke album ni EP 5 lagu, ke ada byk version, sorry buta sejarah rock melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Versi asalnya 5 lagu campur dengan 4 lagu artis2 Life Records yang lainnya termasuklah Jatt BDB...boleh rujuk entri tahun 2009 rintangan hidup dunia...situ ada tampal gambo kaset asal walaupun cetak rompak...

      Delete
  2. alrite dah tengok..paham dah, Ep tu ada campur lagu2 lain yg ko sebut atas tu...

    ReplyDelete
  3. Wow.. Ini barang rare.. Tak mampu nak beli pun.. Telan air liur je la.. hehe

    ReplyDelete
  4. aku pun tak terbeli ni..huhu...penah ada dulu versi cetak rompak..hahaha...

    ReplyDelete
  5. Very nice collectible ni. Rusty Blade, they should have been international level already.. entah apa silapnye.

    ReplyDelete
  6. Pergghh..da dpt dulu.aku dengar lambat lagi nak kuar sekali dah tampal la pulak.bdk victoria tu tak msg aku pun lagi ni.

    ReplyDelete
  7. Seb bek la aku giler cd jer.. kihkih
    Ikrar perwira ni mmg sesuai rilis lp.. pasal sound rakaman pun mcm sound lp jgk.. tu pasal sedap pd pendengaran

    ReplyDelete
  8. puashari ini klu beli benda yang kita minat.. kaya lah lepas 10tahun nanti,harga pasti meletup....haha

    ReplyDelete
  9. Tak sangka hang beli Bert. hahahahah.
    Siti punya LP dua keping. RM155 pun boleh accept lagi. Muekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. siti aku tak minat...hang bagi free pun aku tak nak...hahaha..

      Delete