Tuesday, May 31, 2016

Rising

Yang dah 40 tahun usianya pada 17hb Mei yang lalu...


Rainbow - Rising (1976)

Ramai yang kata disinilah bermulanya genre power metal. Kalau berdasarkan susunan muziknya yang agak complex, epic serta lirik-liriknya, mungkin ada benarnya. Ketika itu bukan sahaja power metal, malah istilah heavy metal pun belum wujud. Mungkin Ritchie Blackmoore dan Ronnie James Dio pun tak pernah terpikir pun ke arah itu.


Mungkin tak keterlaluan kalau saya katakan inilah album yang mula menyerlahkan kehebatan Mendiang Cozy Powell. Ketukan drums beliau dalam lagu Stargazer menjadi bukti. Pada saya ini adalah line-up terbaik Rainbow. Klasik!!  Tony Carey sebagai pemain keyboard pun sangat menyerlah. Intro lagu Tarot Woman memang best.


Tarot Woman dan 2 lagu yang panjangnya lebih 8 minit, Stargazer dan A Light In The Black adalah 3 lagu yang paling menyerlah. Tetapi bintang utama Rising sudah semestinya petikan gitar Ritchie Blackmoore dan vokal power Ronnie James Dio. Ini dua orang memang genius dalam bidang masing-masing.

Makin lama dengar makin sedap. 40 tahun pun tetap Power!!!




5 comments:

  1. Best formation Rainbow ever. RB paling puaka pasal dia reject Rising reunion sebelum CP mati eksiden.
    dan CP tak kurang puaka nya, bawak keta kat highway tengah pakai handphone, tu jam, hp masih baru dikenali.
    now tiga dah mati. Siot RB. Toni Carey pulak sakit2.

    ReplyDelete
  2. Sound lp rock 70n mmg best.. mmg patut kolek lpnye..
    Tu taim nk bt perbezaan genre la kot.. psl bentuk muzik rock 70an mase tu mcm lbh kurg same aje..

    ReplyDelete
  3. tidak dinafikan, memang album rainbow - rising ni patut dimilikki oleh rockers sejati macam geng-geng kitorang nie.. saper yg masih belum ade lagi tu, cepat2 pergi cari atau order, sebelum sold out di pasaran kelak... atau mungkin dah memang lupus dari pasaran kot? heheheheh

    ReplyDelete
  4. sama umur ngan aku dah album ni..tarot woman memang lagu fav.rugi woo kalo tak dengar album ni

    ReplyDelete
  5. woww membaca saja pun aku sudah teruja.. hail

    ReplyDelete