Wednesday, May 11, 2016

The Forgotten Tales

Yang dah pun 20 tahun usianya pada 18hb April yang lalu..


Blind Guardian - The Forgotten Tales (1996)

Saya pencen seketika dalam mendengar muzik metal pada pertengahan 90an. Bukan sekadar ketika itu sedang sibuk bercinta dan berkahwin. Tetapi saya agak kurang berminat dengan hala tuju muzik metal pada ketika itu. Tetapi segalanya berubah bila saya mula terjebak dengan genre power metal. Dan Blind Guardian adalah salah satu darinya.

Mereka adalah antara penyebab saya kembali mendengar muzik metal pada awal tahun 2000 dulu. Saya mula menjejaki album-album awal mereka sejak dari itu. The Forgotten Tales adalah salah satu darinya. Walaupun The Forgotten Tales adalah sekadar lagu-lagu cover tetapi ianya sangat menarik. Pada saya kalau sebuah band metal meng"cover" (ada ker ayat macam ni...) sebuah lagu metal yang lain. Ianya biasa biasa sahaja. Tetapi bila lagu dari genre lainnya, ianya menjadi menarik apatah bila ianya berjaya di metal kan tanpa perlu merojakkan feel lagu asal.


Itulah yang berjaya di lakukan oleh Blind Guardian. Lagu klasik 50an, Mr Sandman (The Chordettes) 60an, Surfin USA (Beach Boys), 70an, Spread Your Wing (Queen) dan 80an, To France (Mike Oldfield) sangat menarik bila di"power metal"kan oleh mereka. Memang sedap. Apatah lagu yang progresif rock 70an macam The Wizard (Uriah Heep). Memang itu makanan mereka.

Walaupun ianya hanya sekadar album lagu-lagu cover, tetapi saya tidak teragak-agak untuk mencadangkannya sebagai sebuah album untuk yang baru nak mengenali mereka. Menariknya juga anda boleh mendengar lagu-lagu mereka sendiri dalam versi akustik dan orkestra. Memang sangat menarik. Tetapi bintang utama untuk album ini pada saya adalah Hansi Kürsch. Memang sangat "power" vokal beliau.

Best!





5 comments:

  1. Blind guardian satu album dia aku tak penah ada pun.payah nak jmpa kat sini.teringin album "follow the blind" tu

    ReplyDelete
  2. Aku addict dengar mp3 live atau masuk youtube lagu Val Halla live versions yang extended2 gitu

    ReplyDelete
  3. one of my top 5 go-to album

    paling kick, to france! terasa bunyi2an medievalnya

    ReplyDelete
  4. blind guardian ni adalah band power metal yang seangkatan dengan rhapsody of fire.... sama-sama best gitu

    ReplyDelete
  5. aku ada tgk kaset band ni dilonggokkan, tak perna fikir nak beli, lepas baca ni mungkin aku sambar seketul, klu aku pergi tempat tu lagi lah.

    ReplyDelete