Monday, February 20, 2017

Arrival





Arrival (2016)

IMDB: 8.1/10 / Rotten Tomatoes: 94%

"When twelve mysterious spacecraft appear around the world, linguistics professor Louise Banks is tasked with interpreting the language of the apparent alien visitors."

Cerita kedua yang ditonton dari 9 buah filem yang tercalon di anugerah Oscar. Antara filem favourite untuk menang anugerah filem terbaik.

Sejujurnya saya tertidur dalam 2 kali percubaan untuk menontonnya. Kali ke 3 baru berjaya. Jalan ceritanya yang agak perlahan dan menontonnya selepas tengah malam memang tidak membantu. Tambah pula ianya sebuah filem yang perlukan lebih penghayatan.

Ini bukan filem aksi alien menakluk bumi. Tetapi lebih kepada cerita seorang professor pakar bahasa, Dr. Louis Banks lakonan Amy Adams dan seorang mathematican , Ian Donelli (Jeremy Renner) yang ditugaskan untuk menterjemahkan maksud dan kehendak makhluk asing yang kapal angkasa mereka mendarat di bumi.

Dalam proses itu, Dr. Banks dapat melihat apa yang akan berlaku kepada diri beliau di masa hadapan. Kalau tak menghayati betul-betul memang susah nak faham. (kerana adanya terselit adegan-adegan masa hadapan yang pada awalnya saya ingatkan flashback masa lampau). Ini filem yang memerlukan penontonnya untuk berfikir. Saya tidak mempunyai masalah dengan filem sebegini (Interstellar contohnya) tetapi plotnya kurang menarik minat saya. Kurang unsur saspen yang boleh membuatkan saya teruja untuk nak tahu apa kisah seterusnya. Makhluk asing berbentuk seperti sotong memang tidak banyak membantu..haha..

Tak pernah lagi filem sains fiksyen memang filem terbaik. Mungkin Arrival yang pertama. Tetapi ikut selera dan kata hati saya... mungkin tidak...




11 comments:

  1. hahaha aku tgk juga ceta ni sampai abis, kira nak tau apa jadi seterusnya sampailah ceta tu abis, lepas ja aku tgk aku terus kata perghh antara filem tak best tahun lepas aku tgk. mungkin lain org ada suka cerita ni bagi aku mmg tak masuk. tapi yang bestnya aku berjaya tgk sampai abis, walaupun jalan ceritanya agak slow dan kurang mengujakan. ntahlah kenapa bleh tercalon filem ni haha klu aku juri mmg tak menang ni,

    ReplyDelete
  2. Ala... aku ingat kau nak cerita pasal Journey Arrival.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...Journey Arrival aku tak ada la...pencen dengar Journey lepas Steve Perry takder...

      Delete
  3. walaupun aku xtengok lagi tapi aku gase feel dia sama macam filim Jodie Foster 90an dlu CONTACT.. mungkin je laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hampir2 terlupa filem Contact...ni yang ada Matthew McConaughey kan?...tak sama kot...plot berbeza dan Contact lebih straightforward..

      Delete
  4. Tak tau langsung pasal filem ni..ini baru tau..heheh

    ReplyDelete
  5. kena ada ciri2 org yg minat sains tgk pilim ni.. tp aku minat sejarah pulak

    ReplyDelete
  6. aku pulak sains tak minat, sejarah pun tak minat.. hehe yang saya minat cuma matematik jer.. huhuh

    ReplyDelete
  7. Dah tengok. Memang best! Antara sebabnya ada elemen time travel.

    ReplyDelete