Tuesday, February 14, 2017

Darjah Satu - vinyl

Demam reissue lp rock melayu berterusan...


XPDC - Darjah Satu (2017 vinyl - Edisi Terhad 300 keping 180 gram Japanese Pressed)


Yang terkini di pasaran. Khabarnya dah "sold out". Harganya boleh tahan…boleh tangan mengigil tangan nak bayar…huhu…


Tak pandai sangat bab sound. Tetapi mendengarnya menggunakan set-up marhaen seperti saya bunyinya agak boleh tahan. Sama seperti keluaran Life Records sebelum ini (Rusty Blade - 786 Ikrar Perwira), ianya memang tidak mengecewakan.


Cuma agak janggal juga bila piring hitamnya dikeluarkan dari belah atas. Tak perasan pada awalnya. Hampir-hampir juga terjatuh. Lainnya tak ada nak komplen. Cuma gambar covernya tu agak blur. Mungkin syarikat rakaman pun dah tak simpan gambar asal.


Secara keseluruhannya puas hati. Tapi kalau boleh harganya biarlah mampu milik. Janganlah jadikan negara pengeluarnya sebagai penyebab. Iyer faham. Ini bukan untuk golongan marhaen...tapi...kalau boleh  lah....


Apa-apa pun terimakasihlah kepada yang terlibat. Khabarnya selepas ini giliran Rintangan Hidup Dunia....atau mungkin juga Fenomena.....




10 comments:

  1. ni rasanya lp aku tgk harganya keras haha... dah boleh masuk gila format ni.. kalau fenomena rilis tu aku usaha nak beli satu hahaha

    ReplyDelete
  2. Amazing.. xpdc music deserve this. One of Malay best bands.

    ReplyDelete
  3. Yg ni mmg aku tak beli.tggu fenomena je la nanti.dgr cite lp ella ada problem eh?

    ReplyDelete
  4. tAKDE SEROMBONG KE PEMAIN PIRING HITAM KAU?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg serombong tu piring batu...rumah mertua aku ada sebijik...

      Delete
  5. CINTA mmg best, ada bass solo , ada bau bauan Jason Newsted.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tau yang C.I.N.T.A tu Izo cedok ideanya dari lagu rakyat Jepun, Scorpions - Kojo No Tsuki..

      Delete
  6. Eh tu member kau eh? Dahsyat betul berbual dia eh... manjang puji diri snediri

    ReplyDelete
  7. Bestnya...baguslah dibuat di Jepun, QC bagus, Jerman pun sama...

    ReplyDelete
  8. saya pun sedang tunggu untuk LP fenomena jugak.. Search dgn album terbaik mereka sepanjang zaman... paling melekat dijiwa sampai sekarang.. dah tentu lagu Isabella (hahah.. deaf mesti berbulu jer bila aku sebut judol lagu ni... heheheh)

    ReplyDelete