Thursday, February 9, 2017

Hukum Karma - Limited Gold Edition cd



Wings - Hukum Karma (Limited Gold Edition - 2017)

Dapat cd ni isnin lepas, benda pertama yang saya buat adalah dengar 2 lagu bonusnya. Memang beli cd ni pun semata-mata pasal nak dengar lagu bonus tersebut. Tapi...baru dengar beberapa saat dah rasa tak tahulah samada nak menyumpah atau ketawa. Terus simpan dalam rak tanpa dengar pun lagu-lagu lainnya.


Ini memang contoh terbaik macamana syarikat rakaman nak buat duit lebih. Asalnya macam malas dah nak buat entri. Tapi bila terbaca posting seorang rakan di Facebook, memang rasa ulasan dia dah cukup dah mengambarkan apa yang saya rasa.

Dengan izin, saya kongsikan la apa yang beliau tulis...

Review ringkas dari Dr Mohd Rizal Azuar

Aku berasa sangat teruja dapat memiliki CD keluaran semula ini. selepas hampir 30 tahun di terbitkan, memang selayaknyalah album Hukum Karma ini mendapat sentuhan emas.
Dan hasilnya mmg tidak mengecewakan. Di saat mata memandang pada kulit luarnya..dapat dilihat betapa ekslusifnya CD ini...tak perlu ada gambar ahli kumpulan Wings..bila lihat tulisan emas yang memancar itu, orang buta pun boleh jadi celik..memancar-mancar. apatah lagi bila di buka..Ya Allah..gembiranya hati tak kala melihat warna kuning taik gigi atau orang putih panggil Limited Gold edition itu.

Hati pula tak sabar tak kala mendengar 2 lagu bonus itu...apa yang boleh di katakan rakaman live ini adalah yang terbaik pernah di buat di dunia kerana nyanyian dan permainan anggota Wings sebijik macam rakaman asal..kagum sungguh...kalau tak kerana tepukan gemuruh penonton kita tak akan sangka ini cuma rakaman kat tapak funfair.
dan yang paling best..button badge tu...mmg cantik..sampai aku berebut2 dengan anak aku...
Belilah CD ini 4 atau 5 keping seorang kerana ini adalah versi terbaik Hukum Karma dan aku yakin dalam masa 100 tahun lagi nilai CD ini akan melonjak dari RM35 ke RM 2.6 Billion.
Wassalam



Hehehe...Terbaik doc!


*sesiapa yang belum pernah ada cd Hukum Karma, boleh la kot kalau nak beli (tapi pada saya elok cari pressing yang lama...gambar cover asli..) ...tapi kalau yang dah ada...tapi ada duit terlebih...memang peminat mati keras Wings...atau collector...hoarder....scalper..beli ajer la...korang punya duit kan...




20 comments:

  1. Bonus track tu rakaman dari mana? Dah pernah release sebelum ni atau unreleased recordings? Any locations or year stated?

    ReplyDelete
  2. Ulasan Dr tu sekadar sarcastic...lagu live tu lagu asal yang ditambah suara penonton...buta2 kena kencing...haha...

    ReplyDelete
  3. teruk sangat kalau macam ni dibuatnya..

    ReplyDelete
  4. Firstly, cd ni just repirnt kat gold cdr kan? Bukan remastered ke hapa kan? Abis tu apa punye selenger bacin sey ?
    Well... errrkkkk kenyang dapat tipu pembeli.. errrkkkk..(sedawa). mamak kira semua satu meja berapa semua.

    ReplyDelete
  5. Laa..suara penonton tipu ke..heheh..alu dah ada cd takyah la beli.

    ReplyDelete
  6. dr mohd rizal azuar

    Mari sama-sama kita tunggu pulak Fenomena Limited US Edition hasil kreativiti dari syarikat yang sama iaitu Dream Studio. Sekarang ni label2 rekod semua dah sub-con semua job pada syarikat swasta. contohnya Dream Studio ni. Di harapkan selepas kes CD Hukum Karma ini, mereka bersikap lebih bertanggungjawab dengan semua produk yang dihasilkan. Sekarang ni sesiapa saja yang ada duit boleh berhubung dengan syarikat rakaman dan offer untuk buat mana2 album dan boleh buat bayaran terus. Dalam kes album Hukum Karma ni,silap-silap kalau dia nak buat cover depan bubuh gambar Mickey Mouse pun label tak marah agaknya..janji record company untung besar....hahaha

    ReplyDelete
  7. Tu la... dlm kerancakan album2 rock direissue... syrkt rakaman sdh membutakan mata hati mrk sendiri nk kaut keuntungan.. menipu pembeli... kdg2 bila kita komplen itu ini, ada peminat tegar marah2 tanpa usul periksa. Kita sbg pembeli dah menjadi hak kita bersuara krn x berpuashati... ni bila ckp sikit dah timbul mcm2 spekulasi yg si A dah berusaha itu dan ini... tetapi kita pembeli.mendapat hasil yg mengecewakan. Kita sbg pembeli mesti mendapat pulangan yg baik.juga sbb support album reissue ni... kita rasa berbaloi lah juga.

    ReplyDelete
  8. Hahaha. Seronok baca. Wings nye members kalau tahu konfem dorang bingit. Budak belum masuk tadika pun tahu ni kerja tipu. Search fenomena nak keluar eh? Wooo hooo yang tu please update ye, aku nak ori kasut treksuit diadora nye version

    ReplyDelete
  9. sbb aku ada cd lama tu aku skip cd ni walaupun hati teriak2 nak cd ni, fikir2 klu ada duit lebih beli lah nak beli yang tak ada dulu. tak sangka baca komen2 kat flayer search fenomena tu ada komplen cd wings ni. hari ni terbaca entri ni mmg sah org tak puas hati ngan rilisan ni. boleh terus skip cd ni aummmm

    ReplyDelete
  10. hahahaha.. padan muka korang sume (yang mane dah terbeli CD hukum karma nihh)..!!

    ReplyDelete
  11. biasanya kolekter mmg teliti bab2 lgu2 bonus ni.. mase2 mula2 tgk treklist kt posting jualan aku mmg tau dh 2 lgu bonus tu mmg bkn versi live yg ori2... tp aku beli jgk la.. 2 keping.. pasal mungkin suatu hari nanti akn jd rere item sperti yg dijangka dr rizal anuar tu.. ape terima kasih buat mereka yg bersusah payah...harus dipuji dn dhargai...nti ade yg merajuk...kiki

    ReplyDelete
  12. Benda2 mcm ni pun boleh jadi pada 2017. Sigh.

    ReplyDelete
  13. 2 lagu live yg tak perlu, jadi takda speciallah album nie, setakat gold color je bukan 24k gold, hargapun ~RM15 lebih dr yg reissue..boleh skip..

    ReplyDelete
  14. Album Fenomena Search made in USA dah keluor oooiiii....rm39..belilah...Dream Studio...mintak2 takde live bonus songs...hahaha

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Sebenarnya nya company ni Pernah keluarkan album kompilasi 16 rock konsert,pada tahun 1996 vol1 hingga vol3 Semua lagu-lagu dalam album kompilasi tu semua lagunya macam tu hanya sekadar lagu yang di ambik dari album, dan di tambah tepuk tangan, suara penonton kononnya macam konsert la sangat, Dan suara pengacara..
    Kalau nak dengar Boleh cari kat youtube
    "16 rock konsert" atau "16krsm" hehehehehhe, dah lame dah diorang cakap konsert.. padahal bukan pun... Ramai baru tahu masa dengar lagu bonus album hukum karma gold ed, aku dah lama dah... Siap beli kaset dulu hahahahahhahaha

    ReplyDelete