Saturday, February 4, 2017

Ixnay on the Hombre

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada hari ini, 4hb februari...


The Offspring - Ixnay on the Hombre (1997)

Penangan dari Smash. Maka terbeli yang ini. Tetapi sekadar kaset. Zaman ini masih ada pilihan samada mahu membeli kaset ataupun cd. Minat sekadar "casual listener" maka membeli kaset adalah pilihan yang lebih ekonomi.

Tak berapa arif tentang scene pop punk atau punk rock 90an ni. Tetapi dalam beberapa band yang saya cuba dengar antaranya Rancid, NOFX, Pennywise dan Blink 182. Saya rasakan mereka yang paling saya suka selain Green Day. Maaf cakap, saya lebih sukakan genre sebegini berbanding grunge. Lagu lagu mereka lebih ceria, fun dan tidak meleweh.


Berada di dalam label besar tidak banyak mengubah mereka. Mungkin dari segi rambut tetapi muzik mereka masih hampir sama. Cumanya pada saya sound mereka kini lebih berat. Lebih rocking. Tak mudah untuk mengatasi pencapaian Smash. Itu album "breakthrough" mereka. Tetapi Ixnay on the Hombre mempunyai banyak lagu sedap, catchy. "The Meaning Of Life", "Mota", "All I Want" adalah antara yang menjadi pilihan.

Walaupun tiada lagu sepopular "Come Out And Play", tetapi Ixnay of the Hombre tetapi sebuah album pop punk yang patut didengar dari era 90an.... yayayayaya..







9 comments:

  1. Yayayaya..mmg trademark diorang kan..heheh..smash punya penangan aku pun tejebak beli kaset dia dulu

    ReplyDelete
  2. Apa maksud ixnay of the hombre?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut kata Dexter Holland...maksudnya "f*** authority"

      Delete
  3. Replies
    1. sarong?...tak ingat...tp rasa macam ada...

      Delete
    2. Malaysia punya keset mesti ada sarung mcm aku punya

      Delete
  4. Album nie memang poojaan idup aa zaman tue.. start2 je lps suara Dj kasi Disclaimer. masuk lagu Meaning of Life.. MOTa dan Me and My Old Lady..perghhh keriangan punk isthere..

    Gone Away ada sikit glam grunge approach.. Amazed pun ada suara lunak grunge tue..

    tapi harinie org sibuk cakap Rise Again- band yg lahir lepas tue lebih power walaupun tiru sikit Offspring?? whatte..

    ReplyDelete
  5. Ahahaha, aku takkan lupa masa aku buat full time NS, kat dalam barack, ada kawan aku joget agogo masa lagu offspring, agogo 60an gitu

    ReplyDelete
  6. the offspring = muzik punk rock terbaik di era 90an

    ReplyDelete