Search - Fenomena Limited Edition Made in USA (2017)
Walaupun kurang berminat, tetapi album ini tetap ada kenangannya. Penantian menunggu album baru Search selepas album Mentari Merah memang terasa sangat lama. Zaman tiada internet untuk mencari info, maka terpaksalah berulang alik ke kedai kaset hampir setiap minggu. Sayangnya yang ada hanyalah kaset Di Pintu Sepi dan Berpaling. Kes mahkamah antara mereka dan Polygram menyebabkan ianya asyik tertunda.
Bila akhirnya ianya diterbitkan, saya sudah hilang keterujaan. Tahun 1989 adalah tahun saya mula kemaruk dengan irama thrash. Muzik hard rock Search bukan lagi menjadi pujaan. Di tambah pula dengan keluarnya Hillary. Namun begitu kasetnya tetap juga di beli. Kid dari Gersang pada zaman itu adalah sebuah band seperti kata Deaf, untuk akak-akak lipat kain. Haha...
Bila dapat berita yang ianya akan dikeluarkan semula, rasa teringin pula untuk membeli. Lama betul tak mendengarnya secara album penuh. Mungkin dah lebih dari 20 tahun. Dulu masa keluar versi 2003 pun tak rasa berminat untuk beli. Dah
Ok cukup cerita perihal sejarah. Tujuan entri ini adalah untuk membuat perbandingan di antara versi Made In USA ini dengan versi 2003. Saya tiada versi 1990 Japanese Press (cd warna silver) atau versi tempatan ( cd warna unggu) untuk di buat perbandingan. Tetapi menurut rakan-rakan yang mempunyai kedua-dua cd tersebut. Cd Made in USA ini bolehlah dikatakan replika kepada cd warna unggu. Susunan tracknya pun sama. Yang warna silver ada 12 track. Lagu Pawana dan Songsang dipisahkan manakala cd warna unggu lagu Pawana dan Songsang bersambung dalam satu track menjadikannya 11 tracks. Sama kes dengan cd Made In USA yang juga mempunyai 11 tracks
Sebab itu ada dakwaan di FB yang mengatakan yang versi 2017 ini tidak melalu proses remaster. Ianya hanyalah sekadar salinan dari versi unggu 1990. Jujurnya saya tak pasti. Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak mempunya cd 1990. Tetapi berdasarkan tulisan di bawah cd yang tertulis “Music Makers”. Ianya memang meragukan. Betullah ianya di cetak di USA. Tetapi kalau anda rajin mengoogle pastinya anda tahu bagaimana “Music Makers” beroperasi. Mungkin juga Made in USA ini hanyalah sekadar gimmick untuk menjustifikasikan harganya yang seolah-olah rakaman album baru.
Berbalik kepada cd versi 2003. (Baru beli dengan harga RM25 semata-mata untuk entri ini) Minta maaf lah jika saya tidak memiliki kelulusan Sound Engineering seperti yang Nasir Search sarankan sebelum boleh memberikan komen. Tetapi kalau ikutkan telinga dan sound system cap ayam saya, sememangnya sound versi 2003 adalah jauh lebih baik dari versi 2017. Bunyinya crystal clear. Memang dah upgrade. Sound gitarnya jelas dan mantap. Berdentum! Terutamanya 3 lagu yang ditouch-up semula oleh Nordin dan Kid. Memang tip-top. Manakala versi 2017 pula agak mendap. Tenggelam. Kena naikkan volume untuk lebih kepuasan. Bunyi gitar juga agak tenggelam. Memang tabik hasil kerja terbaik Eddrie Hashim untuk versi 2003. Tak payah pergi USA pun (heheh…)
versi 2003 |
Perlu di ingat, entri itu bukanlah bertujuan untuk menghentam. Ianya sekadar teguran semoga pihak pengeluar lebih jujur dalam menghasilkan produk-produk yang berikutnya. Jadikanlah juga cd Hukum Karma Gold Edition sebagai pengajaran. Semoga keluaran selepas ini lebih berkualiti. Kesian juga dengan rakan-rakan peniaga yang turut merasa tempiasnya.
Tetapi bukanlah semuanya tak baik. Inlay dan cover cdnya bagus. Berkualiti dan Cantik. Puas hati walaupun ianya taklah sama dengan kaset yang asal. Bab ni memang patut di puji. Sememang patutnya cd-cd reissue mempunyai inlay berkualiti sebegini. Ini adalah antara sebab kenapa cd versi 2017 ini patut juga dimiliki.
Secara keseluruhannya boleh lah saya katakan begini…
Sound = Versi 2003 > Versi 2017
Inlay = Versi 2017 > Versi 2003
Tetapi sebagai peminat sejati dan para collectors…tak kira apa pressing pun…sedap tak sedap…beli tetap beli…kalau tak…tak kan lah khabarnya dah sold out dah versi 2017 ni…
Akhir kata…maaf la jika ada yang tersinggung…saya hanya seorang peminat biasa yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan pun. Yang habis duit pun saya jugak….kan.
p/s: Untuk Tuan Doktar Rizal Azuar, kalau dapat pergi USA dengan Search tu…kirim-kirim la fridge magnet barang seketul dua walaupun balik nanti kena jalan kaki…heheh…