Wednesday, March 8, 2017

Chronicles Of Kings

Lagi dari draf tahun lepas...Yang dah 20 21 tahun...


Lost Souls - Chronicles Of Kings (1996)

Pernah buat entri pasal album pertama mereka setahun yang lalu >SINI<

Berdasarkan album pertama mereka, saya tidak teragak-agak untuk membeli kaset kedua ini. Pada saya mereka adalah antara band rock 90an terbaik yang pernah muncul dalam persada muzik tanah air. Kalau di barat mungkin nama mereka dah setanding dengan Collective Souls atau Soul Asylum contohnya.

Tetapi nak buat macamana. Pasaran untuk lagu berbahasa inggeris dari artis tempatan agak terbatas. Tak pasti apa terjadi kepada mereka sekarang. Mungkin juga masih aktif tetapi ini adalah album terakhir dari mereka.


Mereka meneruskan formula "Everything I Own", dengan merakamkan sebuah lagi lagu popular dari tahun 70an. Kali ini lagu "Sister Golden Hair" dari America menjadi pilihan. Memang terbaik sususan lagunya. Sekali lagi mereka tidak mengecewakan. Kalau tak tengok visual memang ingat ini lagu band orang putih.

Chronicles of Kings tidak jauh beza dari album pertama. Ada sedikit elemen funk dalam lagu "Puppets Of Straw" dan grunge dalam lagu "Fish". Secara keseluruhannya memang menarik. Produksinya pun bagus. Lagu pilihan saya adalah "Genie, Genie".

Sayang...band sebegini tak dapat pergi jauh...





14 comments:

  1. Yg first album pernah beli..sbb terpengaruh ngan ulasan abg rambut ketak kat urtv..yg ni x pernah dgr..maybe boleh cari nnt... Dia mcm saturnine jugak la.
    Lps dua album senyap

    ReplyDelete
  2. Hahahaahahaha. Aku ni kalau Lost Soul ni macam nickname nickname kat chat room, kat forum, kat discussion board je. Haha.
    Ok next post please.

    ReplyDelete
  3. Aku penah beli 1st album diorang.lagu leaving on a jet plane yg diorang cover mmg best.tapi tu la syg industri muzik malaysia tak pandang diorang

    ReplyDelete
  4. Lost Soul nie aku cuma ingat lagu Everything I Own, penyanyi India...dan satu lagi macam kena boo time opening konsert Bon Jovi dulu, silap diorg bawa lagu Everything I Own dulu, lagu2 lepas tu penonton dah tak tahu, yg datang peminat BJ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/03/16/lost-souls-singer-ridzuan-dies/

      Delete
    2. Silap, sbb tak pernah follow grup nie, mungkin Mamak/India Muslim..

      Alfatihah untuk sdr Ridzuan Hamid aka Wan...

      Delete
  5. tak perna tgk lagi orang jual kaset ni, atau aku terlepas pandang..

    ReplyDelete
  6. baru tau ni band.. ni band rok ke? hehe

    ReplyDelete
  7. http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/03/16/lost-souls-singer-ridzuan-dies/

    Kau baru je blog pasal dia... nie berita harini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

      iyer aku ada terbaca cerita kat FB hari tu...sedih...

      Delete
    2. Ceitt ada fesbuk.. apa nama Fesbuk??Gwe Roshidi Roslan

      Delete