Kenangan 30 tahun....(kebetulan pula D'arsil pun buat cerita yang sama >SINI<)
Ella & The Boys – Ella & The Boys (1987)
Album ini lahir ketika demam Battle of The Bands sedang memuncak. Selepas Keadilan. tak ingat album mana yang keluar dulu. Ilusi Sebuah Mimpi atau Ella & The Boys...tapi yang pastinya ia diterbitkan pada awal tahun 1987. Sayang sungguh kita tidak mempunyai catatan lengkap tentang keluaran sesuatu album tersebut.
Ada beli dalam bentuk kaset (versi lanun). Itu sahaja yang mampu pada ketika itu. Tak rasa album ini cukup popular. Mungkin ketika itu lagu "Dua Insan Bercinta" masih hit. Maka ianya menenggelamkan lagu-lagu lainnya. Selain "Dua Insan Bercinta", sebuah lagi lagu dari BOTB, "Hanya Secebis Jawapan" turut dimuatkan.
Saya sendiri agak kurang mengambil tahu. Di zaman remaja yang sedang dahagakan lagu-lagu berat dan laju. Ella & The Boys bukanlah menjadi pilihan. Mendengarnya sekadar lalu. Tak ada satu lagunya pun yang masih segar dalam ingatan. (kecuali lagu-lagu dari BOTB)
Betul-betul mendengarnya semula hanya sekitar 6 tahun yang lalu. (pernah menulis tentangnya di >SINI< ) Muzik mereka agak berbeza dengan lain-lain band dari BOTB. Agak unik. Mereka lebih terarah kepada rock 70an terutamanya dalam penggunaan keyboard yang seakan-akan ala Deep Purple atau Uriah Heep.
Tetapi yang pastinya saya cukup kagum dengan Lord. Lagu-lagu dan petikan gitarnya. Walaupun agak kurang gemar dengan sound gitar dalam album ini, tetapi bakat Lord memang tidak boleh dinafikan. Sepatutnya beliau berhak mendapat pengiktirafan yang lebih tinggi.
Walaupun sound cd reissue ini hanya sekadar boleh. Tetapi sekurang-kurangnya dapat jugalah mengembalikan nostalgia ketika kegemilangan rock melayu pada suatu ketika dahulu.
Dulu cam sensitip ngan mengapa pilihan nama ialah Lord.
ReplyDeleteThen realise its just a name, serupa Jon Lord.
Dan kalau nama Jon Lord aku sanjungi, so setakat Lord Rock Melayu pun just a name. Nothing more than that.
Just read pasal antibiotiks tu, dulu aku pernah cakap kat satu doktor aku "allergic". Aku kena marah ngan doktor tu.
ReplyDeleteDia cakap tak boleh pakai word "Allergic" tapi "severe reaction" pasal dia bilang aku perlukan antibiotics juga dalam hidup.
Tapi aku tahu diri aku.
Mula2 aku tak tahu tu masalah antibiotics tapi now I know confirmed.
Maaf ye, tapi after 4-6 hours aku ambik, aku will basically camp in the toilet, 15 or more times diarhoe and muntah2, part muntah2 tu basically perut aku dah kosong, tapi dia tarik sampai aku dah macam anjing menyalak.
Aku pernah experimen masa aku off tiga hari dan aku kena issued antibiotics so aku try dan perhatikan apa jadi dan nak konfem once and for all.
Ada kawan suruh aku potong dua antibiotics tu, kira half dosage but aku tak buat. So far, Alhamdulillah aku manage tak makan dan dapat jugak survive hingga hari ini.
Tak tahu lak masa depan cammana.. kat spital ke or what kalau forced atau aku tak tahu tu antibiotics.
sama la deaf...anak aku kalau dah demam teruk..jenis tak baik2...doktor paksa juga makan antibiotik...tapi biasanya dia bagi yang dos rendah la...
DeleteWah..ada kaset jugak ye.bole jual dengan harga kapitalis tu..heheh
ReplyDeletengam dengar album ni tengah2 malam buta.. hari tu aku dapat feel juga dengar album ni. tu lah bab sound tu kurang enak.
ReplyDeletesound gtar lord dlm album ni mcm blues je..tk brape nk distortion..mungkin da ske sound cmtu..
ReplyDeleteKLu sound dia mcm boleh jek,..mmg nk kena beli kompilasi 2 dlm 1 1997 tu ler gamaknye...seb bek ade beli..hehe