Monday, March 27, 2017

Cd reissue




Lama dah tak post pasal pembelian cd-cd reissue. Bukan tak nak...tapi memang dah kurang beli. Lagipun kebelakangan ni macam dah kurang dah cd-cd rock reissue ni. Bagus jugak...selamat duit...huhu...

Yang 6 ni paling terkini beli. Ada tu bukan minat pun. Malah ada yang tak pernah tau pun kewujudannya dulu. Saja tolong kawan-kawan berniaga sambil teringin juga nak dengar apa yang tertinggal masa zaman rock 90an dulu.

Fenomena tu pulak rasanya dah 20++ tahun tak dengar album penuhnya. Ni lah album yang dulu jadi punca tawar hati nak follow Search. Kasetnya dulu pun ntah berapa kali jer dengar. Lepas tu kalau tak silap adik perempuan buat harta. Mana ntah hilangnya sekarang.

Nantilah cerita panjang pasal cd Fenomena terutama isu kontroversi made in USA tu. Untuk siapa-siapa yang tahu ceritanya tau la...haha..




17 comments:

  1. Apa beza cd fenomena ni dengan yang 2003 version tu? Tolong brief nanti.
    Aku gi larkin, babylon pun takde... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tolong jawab... versi reissue ni ade 12 lagu original version 1989.. ade 2 lagu bonus dari album Search Live.. Mencari dan Malam.. klu versi 2003 edrie hashim dh remix balik trek drum dn gitar..so dh tk origanal

      Delete
  2. Aryan ke hapa tu? Aku nampak kat pasar larkin. Tak pernah nampak dan tahu pun. Ko brief jugak plis

    ReplyDelete
  3. Babylon belum jumpa kat kedai, Search, Melissa, Aryan dah tangkap..Masa tu nak dengar bro Bert review dulu..he he..

    ReplyDelete
  4. Aik ada kontroversi jugak ke fenomena made in usa tu?

    ReplyDelete
  5. aku dah tak ada yang nak ditarget cd2 reissued ni, paling2 pun mungkin canggung mendonan dan headwind

    ReplyDelete
  6. Byk2 cd reissue..cuma bloodshed - samarkand, search dipintu sepi n berpaling je aku bli...ntah knapa x nk pulak collect cd2 reissue ni

    ReplyDelete
  7. aku pun sebenarnya dah tak ada apa yang aku tunggu untuk cd reissue ni…yang nak hampir semuanya dah kena reissue. Walaupun majoritinya dari segi sound dan packaging memang tak berapa puas hati…tapi tu la…nak komplen banyak pun susah jugak…harap satu hari nanti ada pihak yang bermurah hati nak buat Urgent - Wajah Mistikal...

    ReplyDelete
  8. babylon ngan search tu dlm radar

    ReplyDelete
  9. Fenomena tu kontroversi pasal lagu dlm tu org kata cuma ada 11 lagu jek... 1 lagu tercicir.. tgk treklist kt blakang ade 12 lagu.. tp sebenarnya versi ORIGINAL lagu Pawana bersambung dgn Songsang.. mungkin dorg skip trek jek dgr sket.. kerana main serkap jarang jek dia p komen ler.. akhirnya memalukan diri sendiri... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kontroversi sbb nie ke??..ingatkan kualiti sama je dgn yg made in Japan dulumacam komen kat discogs..

      https://www.discogs.com/Search-Fenomena-Limited-US-Edition/release/10009499

      Delete
    2. Kontroversi pasal sound...asal vs 1990 vs 2004 vs made in usa...nanti la kita cerita...aku tengah dapatkan versi 2003 untuk banding sound...

      Delete
    3. klu cmtu kita tggu versi 1990 yg cover putih tu..ape bezanya dgn made in us ni..

      Delete
  10. Baru td beli RM40plus...tp kecewa sound bnayk yg tenggelam...kualiti audio mengecewakan......x berbaloi beli dgn kualiti audio mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi, frustla camnie, aku beli Jumaat lepas, tapi tak buka2 plastik lagi, memang silapla, tak dengar review org dulu sebelum beli..

      Delete
  11. Aku pikir sound fenomena mcm rusty blade hijau..tapi hampehhhh..lagi baik cdr fenomena yg gua beli dari seseorang...bro berteromber taula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...brother tu remaster memang baik...banyak juga cd2 reissue terkini dari universal dia yang buat...boleh beza dengan cd2 reissue universal yang awal...

      aku tengah layan fenomena 2017 vs 2003...nanti la aku buat entri..


      Delete