Sebagai seorang peminak muzik berat sememangnya ini guilty pleasure. Tetapi lagunya memang sedap. Ianya mengembalikan kenangan 28 tahun dulu di dorm B27 Segamat Baru, ITMCJ.
Lupa dah berapa ramai yang tinggal dalam satu dorm tingkat atas rumah kedai tersebut. Tetapi dalam ramai-ramai yang kaki muzik (majoritinya peminat rock, metal dan thrash), ada seorang mamat pop yang setiap kali kami terlupa tentang radio kaset, pastinya beliau akan memutarkan kaset Tommy Page dan semestinya lagu "A Shoulder To Cry On" berkali-kali.
Mungkin ianya sebagai balas dendam kerana kebiasaanya radio kaset di monopoli oleh kami. Makanya paham-paham ajer la lagu apa yang sering berkumandang. Tapi yang lawaknya menjelang habis semester, bukan dia yang terpengaruh dengan lagu metal yang 24 jam kami buka. Tetapi kami yang metal ni pula yang naik hafal akan lagu dan liriknya. Siap boleh menyanyi sama- sama...hehe..
Satu lagi...ini lagu kegemaran orang rumah...selalu juga la kena paksa dengar dan nyanyi dalam kereta. Apa-apa pun sedih la dengar berita kematian dia. Bunuh diri bukan satu jalan penyelesaian. Walaupun tak tahu sangat lagu-lagu dia yang lainnya, tapi dulu ada juga cuba-cuba nak meniru gaya potongan rambutnya...huhu..
Thomas Alden "Tommy" Page (May 24, 1970 – March 3, 2017) |
Thank you for the music
HAHAHAH... aku suka kau lagu ni...
ReplyDeleteShoulder To Cry On.
Ni lagu feberet geng lipat kain.
dulu bukak radio, standby kaset kosong...
progrem lagu permintaan mesti ada...
So tekan rekod...
Lepas tu maki DJ, lagu dah masuk pun nak bual. Kongajar kan??
Aku suka backing vocal part ending.. WOOO HOOO!!!
Memang sedap lagu A Shoulder To Cry On tu..tapi tak layan sangat sbb bukan ballad rock..
ReplyDeleteIni mmg lagu jiwang klasik sapa yg era penghujung 80an 90an mesti tau lagu ni.aku dulu siap kasi awek kelas sebelah lagi..hahah.
ReplyDeleteBtw,merasa jugak eh dok kt umah kedai segamat baru tu.aku penah masuk sekali je masa bdk2 dulu.tu pun pasal uitm ada buat jamuan untuk anak yatim
aku last batch dari Segamat Baru...
Deleteaku garu kpale jgk mendengarnya..dgn dahi berkerut
ReplyDeleteok, amy mastura pernah duet dengan tommy page
ReplyDeletekesian bunuh diri. dengar lagu dia pun ironi semacam..
ReplyDeleteSimilar like Leslie Cheung
DeleteFav. Kakak aku ni..baik orngnye n lagunye
ReplyDeleteGQ encem jembo.. Tiffany... jiwang... mmg kontra dengan rock zaman tu bwahahaha tapi tah cemana tiba2 geng rock jiwang muncul plak lps tu dressing encem.. bwahaha..
ReplyDelete