Thursday, October 6, 2022

Gila Format - Gutter Ballet

 Satu lagi album kegemaran yang berjaya di "gila format"kan...


Savatage - Gutter Ballet (1989)

Ini adalah antara yang paling ditunggu-tunggu dari siri vinyl reissue kesemua album studio Savatage. Ianya mempunyai nilai sentimental yang agak tinggi untuk saya.

Ianya adalah permulaan saya terjebak dengan muzik Savatage. Dikenalkan melalui abang seorang rakan sekampung yang baru pulang belajar dari US. Jatuh suka pada pendengaran pertama dan ianya menjadi salah satu album kegemaran sejak dari hari tersebut.

Tak pernah terpikir yang ianya akan berjaya di"gila format"kan. Tak pernah ada pun kasetnya dulu. Tak pernah nampak pun ada di jual dimana-mana. Kaset yang seperti di gambar sebenarnya baru sahaja dimiliki. Lebih baru dari versi vinyl. Di beli dari seorang rakan di FB semata-mata atas dasar membeli kenangan.

Versi cd di beli melalui e-bay. Antara cd awal dicari apabila mula kenal apa itu e-bay. Mungkin disekitar tahun 2009. Tahun-tahun awal membeli cd dari ebay. Ianya adalah cd terpakai dari penjual di US tetapi dah tak boleh nak ingat berapa harganya.

Versi vinyl adalah versi reissue 2022. Ini adalah contoh terbaik bagaimana produk reissue patut dihasilkan. Packagingnya memang tip top. Inlay dengan 12 mukasurat berwarna-warni dengan info dan gambar-gambar yang menarik. Sememangnya rasa berbaloi mengeluarkan EUR 22.68 walaupun hati gembira poket menangis....


1 comment: