Monday, October 10, 2022

Kicked & Klawed

Yang menyambut ulang tahun ke 33 pada 6hb Sep yang lalu...

Cats In Boots - Kicked & Klawed (1989)

Sebuah lagi album dalam kategori hair/glam metal yang dulunya tak di ambil tahu. Selain dari tak mahu digelar poser (hahaha…) kaset atau cd ini sememangnya tak pernah nampak langsung di jual di kedai-kedai kaset/cd di Malaysia. Saya hanya membaca tentang mereka di majalah Kerrang!, tetapi tidak pernah berpeluang mendengar lagu-lagunya.

Tidak juga mendengarnya di zaman MP3. Nama mereka sememangnya hilang dari ingatan sehinggalah terjumpa cd mereka dijual secara dalam talian ketika penangan "panic buying" PKP Covid 19 yang pertama dahulu. 


Mereka bukanlah 100% band Amerika. Pemain gitar dan bass adalah dari Jepun. Mereka pun asalnya berpengkalan di Jepun. Kejayaan EP mereka di Jepun menyebabkan EMI mengikat kontrak dengan mereka untuk pasaran antarabangsa. Sayangnya walaupun dengan promosi 2 video clips di MTV, album mereka gagal untuk mendapat sambutan. Mungkin terlampau banyak saingan atau mungkin juga mereka tidak betul-betul mempunyai "killer song". Lagu balada mereka juga agak kurang memberi kesan.

Suara vokalis dan muziknya mengingatkan saya kepada Pretty Boy Floyd. Tetapi mereka lebih rock and roll dan agak kurang pengaruh blues berbanding band-band segenre dengan mereka. Muzik sebegini pada saya lebih mudah dinikmati. Tak perlu pening-pening tak perlu berkerut muka. Ianya seperti menonton filem aksi yang tak perlu berfikir. Kuatkan volume dan "enjoy the music!"...


3 comments:

  1. kalau kau panic buying waktu PKP aku pula hilang mood membeli CD/DVD ketika PKP... berlarutan sampai sekarang, dah hilang/kurang dah semangat, lagi-lagilah platform eBay

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah lama tak beli through ebay...sejak2 acc ebay aku kena hacked masa pkp tu hari...2 pembelian yang aku tak beli dan tak perasan pun...nasib baik bank contact aku...dorang yang rasa transaction tu suspicious...guna alamat lain…alamat kat US….aku buat report dan dapat refund…

      Sekarang aku beli guna Discogs dan direct website ajer…

      Delete
    2. aku last ber-eBay November 2020 beli CD Dominion HammerFall dari UK tak sampai-sampai, 1st time barang eBay aku tak sampai, padahal daripada trusted seller (groovesland), nak dispute pun dah terlepas tempoh (musim C19), aku rasa hilang dalam transit

      Delete