Yang menyambut ulangtahun ke 33 hari ini, (13th Oct)...
Overkill - The Years of Decay (1989)
The Years of Decay dan Horrorscope adalah penyebab utama kenapa boxset Overkill - The Atlantic Years 1986 -1996 di beli.
Kalau Horrorscope kerana ianya paling digemari, The Years of Decay pula kerana ianya adalah pengenalan saya kepada Overkill. Album-album yang ada nostalgia seperti ini sememangnya akan sentiasa rasa gatal tangan untuk di"gila format"kan.
Versi kaset ini dibeli pada tahun ianya dikeluarkan. Memilih yang mana patut dibeli pada ketika itu sememangnya sangat berhati-hati. Maklumlah sumber kewangan yang terhad. Tetapi logo dan gambar cover yang menarik selalunya mempengaruhi. Kaedah cuba jaya pada ketika itu adakalanya gagal. Tetapi pembelian yang ini adalah antara yang berbaloi.
kaedah maju jaya - teringat kes rafi xyrus beli kaset apa ntah nama band tu... yang lagu sending all my love ke apa tajuknya?
ReplyDeleteLinear...haha...
DeleteOverkiil ni antara yang aku nak beli tapi tak beli-beli lagi.
ReplyDeletefeveret by them. Ellimination n years of decay mmg timeless songs
ReplyDelete