Saturday, October 15, 2022

Gila Format - Retro Active

Sempena ulang tahunnya yang ke 29 pada 5hb Oktober  yang lalu...


Def Leppard - Retro Active (1993)

Album terakhir dari Def Leppard yang jadi kegemaran. Kurang berminat dengan arah tuju muzik mereka selepas dari ini. Ianya juga adalah penglibatan terakhir mendiang Steve Clark. Secara kebetulan atau tidak, muzik mereka berubah selepas ketiadaan beliau.

Mengikut tarikh yang dicatatkan di kaset, ianya dibeli 3 hari selepas dilancarkan di pasaran (07/11/1993). Ketika itu pembelian seperti ini adalah melalui kaedah cuba jaya. Tiada internet untuk maklumat. Tiada Youtube/Spotify untuk pra-dengar. Pembelian kasetnya adalah hanya bergantung kepada jenama "Def Leppard". Tak tahu pun yang ianya adalah album kompilasi B-sides dan "unreleased tracks". Nasib baik ianya sedap dan kena dengan selera.


Cd pula adalah cd terpakai ebay pos percuma dari E-Stock. Rasanya dibeli dengan harga tak sampai pun RM25.00. Ketika itu memang hampir kesemua cd yang diborong dari E-Stock adalah dibawah RM25.00. Meriah betul ketika itu. Selang 2,3 hari pastinya ada sahaja posto yang sampai.


Lp pula adalah versi reissue terkini (2022). Ianya adalah versi 2 disc. Tak pernah tengok versi asal tetapi rasanya ia dibuat serupa dengan versi asal. Sama seperti kaset dan cd, "Miss You in a Heartbeat" (versi piano) tetap menjadi "hidden track" dan tidak ditulis dalam senarai lagu.

Seperti majoriti entri "gila format", cerita tentangnya telah pun ditulis sebelum ini. Untuk Retro Active, saya pernah menulisnya pada tahun 2013 >SINI<. 




1 comment:

  1. Aku ada beli kaset kot baru ni. tak sempat nak layan lagi

    ReplyDelete