Monday, October 3, 2022

Obsession

 Piring hitam terkini dalam simpanan...

UFO - Obsession (1978)

Tak pernah ada versi kaset. Agak lambat juga untuk mula mendengar album ini secara penuh. Kali pertamanya adalah ketika zaman cd MP3 (sekitar 1997 atau 1998). Makanya tak bolehlah nak bergila format.

Obsession adalah satu album kegemaran saya dari UFO. Sebenarnya bolehlah dikatakan kesemua album UFO era 70an Michael Schenker sememangnya saya suka. Ianya bukan sahaja kerana kerja gitar beliau, tetapi lagu-lagunya memang sedap dan kena dengan selera.

Dari kebanyakan ulasan yang dibaca, Obsession adalah yang paling kurang digemari dari 5 album 70an era Michael Schenker. Malah Pete Way sendiri mengakuinya. Bagi beliau album ini kurang rock kerana lagu-lagunya lebih lembut dan adanya penggunaan alatan strings yang berlebihan. Lagu "Arbory Hill" sebagai contohnya.


Tetapi bagi saya ianya bukanlah satu masalah. Memang betul, Obsession bukanlah sesuatu yang boleh menjadi penanda aras. Ianya biasa-biasa sahaja. Tetapi yang penting ianya sedap. Selain faktor utamanya adalah tentang solo-solo gitar berjiwa dari Michael Schenker, tetapi vokal Phil Mogg juga memainkan peranan.

Ada 3 lagu yang sering saya ulang kalau memainkan album ini. "Only You Can Rock Me", "Pack It Up (And Go)" dan yang paling berhantu, "Lookin' Out for No. 1"

Tak ada cacat cela, tak ada yang nak di komplenkan. Bukan yang terbaik tetapi untuk peminat UFO seperti saya ianya dah cukup memuaskan hati. Patut dicuba jika anda sukakan muzik hard rock 70an dengan solo-solo gitar yang meruntun jiwa….



No comments:

Post a Comment