Ternampak yang piring hitamnya ada di jual di shopee menyebabkan tiba-tiba rasa teringin untuk mendengarnya semula....
Europe - Out of This World (1988)
Lama dah tak dengar. Seingatnya dulu memang tak berapa suka. Pembelian cd hanya sekadar untuk melengkapkan koleksi. Tambahan pula ianya adalah pembelian di bawah RM25 berserta pos percuma dari E-Stock di Ebay
Lagu pertama yang didengar ditonton dari album ini adalah "Superstitious". Video clipsnya sempat dirakam dari rancangan MTV di TV Singapura. Berulang-ulang kali juga ditonton. Walaupun melodinya sedap tetapi lagunya terlampau pop. Sebagai seorang remaja berusia 18 tahun pada ketika itu, muzik sebegini terasa sangat lembut berbanding muzik thrash yang mula mejadi kegilaan. Ditambah pula untuk mengekalkan status "TRUE" di hadapan rakan-rakan, makanya muzik sebegini harus ditinggalkan....hahaha...
Antara sebab lain kenapa kasetnya dulu tidak dibeli adalah kerana tiadanya John Norum. Biasalah pada ketika itu memang rasa susah nak di terima apabila sesebuah band bertukar gitaris. Dio contohnya. Bila Vivian Campbell keluar, rasa susah nak terima Craig Goldy. Apatah lagi Rowan Robertson. Begitulah juga yang terjadi dengan Ozyy. Memang susah nak terima Zakk Wylde.
Apabila mendengarnya semula sekarang, saya memahami kenapa dulunya saya agak kurang mengemarinya. Out Of This World memang tiada lagu yang betul-betul laju dan berat. Sound gitar Kee Marcello juga agak lembut dan tenggelam. Sound keyboards lebih mendominasi. Hilang terus dah sound heavy metal Europe pada zaman awal kemunculan mereka.
Muzik mereka kini lebih kepada pop rock dan AOR. Sebenarnya tak ada masalah apa pun. Sedap juga lagu-lagunya. Paling suka lagu "Open Your Heart". Cumanya semangat anak muda pada ketika itu telah mengaburi kesemuanya. Bila dah semakin tua matang, terasa elok sahaja lagu-lagunya…haha…
No comments:
Post a Comment