Wednesday, November 9, 2022

Death or Glory

Yang menyambut ulangtahun ke 33 pada 8hb Nov yang lalu...


Running Wild - Death or Glory (1989)

Mungkin mereka agak kurang dikenali di sini berbanding Helloween. Tetapi mereka bersama-sama Helloween, Grave Digger dan Rage adalah diantara pelopor genre yang dipanggil sebagai european power metal yang mula muncul pada pertengahan tahun 80an. Malah ada yang mengelar 4 buah band ini sebagai the Big Four of German Power Metal.

Saya sendiri hanya mengenali mereka melalui pembacaan di majalah Kerrang dan Metal Hammer sekitar tahun-tahun penghujung 80an dulu. Tak pernah terjumpa kaset mereka di jual di kedai-kedai yang biasa saya kunjungi. Ianya menjadi penyebab kenapa mereka agak lambat untuk saya ikuti. Tetapi setelah mendengar sendiri bagaimana muzik mereka, memang terus jatuh minat. 

Mereka juga dikenali sebagai pelopor kepada sub-genre metal yang dikenali sebagai pirate metal. Lirik mereka yang bercerita perihal lanun, pelayaran di laut dan sejarah berkenaannya yang berbeza dari band-band power metal lain yang lebih kepada cerita fantasi menyebabkan muzik mereka digelar begitu. Tambahan pula imej mereka di pentas yang berpakaian ala-ala lanun dan kelasi kapal mengiyakannya. Selain dari lirik, muzik mereka sebenarnya tidak jauh dari band-band bergenre power metal yang lainnya. Pengikut blog ini pasti tahu yang muzik sebegini sememangnya makanan untuk saya.


Death or Glory selalu dinobatkan sebagai album terbaik dari mereka. Susah untuk menafikannya. Walaupun dari segi nilai sentimentalnya saya lebih kepada album Under Jolly Roger (1987) dan Port Royal (1988). Track pembukaannya ("Riding the Storm") pun sudah cukup mengambarkan pengalaman pelayaran bagaimana yang akan kita hadapi sehingga habis satu album. 

Memang sedap. Memang lazat. Ianya berorientasikan speed/power metal yang menangkap, paduan suara yang menarik, anthemik dan pemuzik yang hebat. Sesuai bagi pengemar Iron Maiden atau Helloween apatah lagi jika anda adalah pengemar power metal. Wajib ada!

Tabik hormat untuk Rolf Kasparek!




2 comments:

  1. baca tajuk sekali imbas ingatkan lagu Maiden

    ReplyDelete
  2. Teringat masa duduk rumah bujang besama-sama bandmates DEVASTATOR (KL Thrash) di Wangsa Maju tahun 2005-2009 dulu, saya bikin dorang semua gila "Under Jolly Roger".... kata Syed (vox) lagu RW macam lagu opera Cina versi metal... hahaha

    ReplyDelete