Wednesday, November 2, 2022

Trixter

Mengembur rak cd...

Trixter - Trixter (1990)

Sebuah lagi band yang dulunya kalau nak dengar mestilah secara sembunyi kerana mendengar atau membeli kaset band-band seperti ini akan dianggap sebagai melawan hukum seorang "TRUE"…hahaha...

Album ini diterbitkan ketika kegemilangan muzik sebegini dah pun sampai ke penghujung. Rasanya sempat juga mereka mengecapi sedikit populariti sebelum demam Nirvana melanda arus perdana.

Pernah nampak kaset mereka di kedai. Pernah juga terbaca cerita tentang mereka terutamanya di majalah Metal Edge. Dan rasanya pernah juga menonton video clip mereka di rancangan MTV. Tetapi  mendengar muzik mereka secara betul hanyalah pada 2,3 bulan kebelakangan ini. Entah mengapa sejak beberapa bulan terakhir ini, rasa teruja pula untuk mendengar semula semua album-album glam/hair metal yang pada suatu masa dahulu tidak di ambil tahu.


Mereka pada ketika di promosikan sebagai band anak muda handsome mengalahkan boy bands. Sayangnya menjelang awal 90an imej selekeh ala-ala pekerja kontrak (imej grunge) pula yang menjadi trend. Walaupun mereka cuba menjadi trendy dengan imej kemeja flanel tetapi kaitan mereka dengan hair metal menyebabkan mereka bukan lagi sebuah band pilihan. Yang minat muzik berat telah beralih ke thrash/death metal manakala yang mainstream memuja grunge.

Mereka adalah sebuah lagi pemuzik yang bagus tetapi berada di era yang salah. Ini adalah sebuah album yang dicadangkan jika anda mahukan lagu-lagu " feel good" hard rock dan pop metal. Nak kata sedap sangat tu mungkin agak berlebihan, tetapi ianya sebuah album yang ok untuk genre tersebut.


4 comments:

  1. Dulu aku limit gak dengan apa yang aku dengar, at last rasa rugi sebab kat luar sana banyak muzik yang bagus2 dan tak boleh nak deny...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la zaman muda yang kononnya true...haha...dah tua ni bantai jer la janji sedap

      Delete
  2. masalahnya sekarang ni aku sampai dah tak semoat nak explore apa dah benda baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah komitmen banyak...lagi pulak yg ada anak kecik macam ko...aku yg anak2 dah besar ni pun curi2 masa jugak untuk berhobi...

      Delete