Antara cd yang baru yang masuk koleksi. Di beli melalui shopee kerana harganya hanya RM25 (cd baru masih berplastik) dan kenangan yang ada padanya…
Stone Temple Pilot - Purple (1994)
Saya bukanlah peminat grunge. Tetapi sesiapa pun yang minat muzik dan hidup di tahun 90an, pastinya akan merasa tempiasnya.
Kesibukan dengan kerja dan sering pulang lewat dari pejabat menyebabkan saya kurang mempunyai masa untuk bergaul dengan kawan-kawan sekepala. Kawan-kawan sepejabat yang hampir kesemuanya tak minat dengan muzik metal itulah yang menjadi kawan-kawan seharian. Muzik yang saya dengar pada ketika itu hanyalah apa yang dimainkan di radio dan tv. .
Kekerapan mendengar lagu "Plush" (dari album sebelumnya) di radio dan menonton video clipnya di tv menyebabkan timbul rasa minat. Ianya menjadi penyebab kenapa album ini dibeli 2 minggu selepas ianya berada di pasaran. Tambahan pula gambar covernya menarik perhatian. Ianya adalah pembelian secara cuba jaya.
Tetapi tak sangka pula ianya sedap. Dan ianya menjadi salah satu album kegemaran. Entah kenapa ianya lebih mudah hadam dari mana-mana album Pearl Jam, Alice in Chains mahupun Soundgarden. Lagu-lagunya kurang meleweh dan agak melodic. Kalau lebih solo gitar dalam setiap lagu pastinya lebih menarik.
zaman grunge dulu aku banyak skip band2 yang bagus...
ReplyDelete