Lagi calon album pilihan untuk tahun 2022...
Ozzy Osbourne - Patient Number 9
Ingatkan Ordinary Man pada tahun 2020 adalah album terakhir dari beliau. Memandangkan usia dan keadaan kesihatan beliau, Tak sangka pula tahun ini ada lagi yang terbaru.
Tambah menarik ianya lebih bagus dari Ordinary Man. Bagus bagi saya bukanlah hanya dari segi kesedapan melodi lagu-lagunya tetapi juga susunan muziknya. Mungkin juga atas faktor kembalinya Zakk Wylde yang sudah serasi dengan beliau atau berkemungkinan juga kerana nama-nama besar yang menjadi gitaris undangan.
Sebenarnya nama-nama besar digunakan sebagai pemuzik undangan adalah perkara biasa untuk album-album Ozzy. Contohnya untuk album ini ada Robert Trujillo dan Duff McKagan di posisi bass manakala Chad Smith dan Taylor Hawkins di drums. Tetapi yang menjadi lebih menarik adalah barisan gitaris undangannya. Selain Zakk Wylde dan Andrew Watt (penerbit dan pemain gitar untuk album Ordinary Man), album ini juga menampilkan lagenda gitaris seperti Jeff Beck, Tony Iommi, Eric Clapton dan tak ketinggalan juga Mike McCready dari Pearl Jam.
Lagu-lagu yang menampilkan Jeff Beck dan Eric Clapton adalah pilihan saya dari album ini. Lagu-lagu lain pun sedap, tetapi lagu-lagu yang menampilkan mereka berdua lebih mudah melekat di dalam kepala.
Tak ada apa lagi yang nak diharapkan dari Ozzy. Dia selamanya adalah lejen. Setiap album atau lagu baru dari beliau adalah bonus. Tabik hormat kerana beliau masih terus berkarya. Salut!
kalau Pak Ozzy, aku masih sangkut kat Black Rain, Scream dan kompilasi Memoirs
ReplyDeleteaku baru ni belajar dengar Ozzy zaman Zakk Wylde.... dan sekarang dah tersangkut kat No More Tears...sedap pulak
Delete