Friday, November 18, 2022

The God Machine

 Lagi album terkini terbitan 2022...

Blind Guardian - The God Machine (2022)

Dah lama tak membeli album mereka secara fizikal. Kali terakhinya adalah "Nightfall in Middle-Earth (1998)". Dan yang terakhir mendengarnya secara betul melalui versi MP3 adalah "A Night at the Opera (2002)"

Perubahan selera dan rasa tepu dengan genre power metal menyebabkan kurang mengambil tahu tentang album-album mereka yang seterusnya. Tetapi entah mengapa dalam beberapa tahun kebelakangan rasa seronok pula untuk kembali mendengar genre sebegini. Hasilnya "ter"beli pula album terbaru dari Blind Guradian.

Mendengar album terbaru ini saya rasakan yang muzik mereka masih sama seperti dulu. Seperti kebanyakan band-band besar yang lainnya, tiada apa lagi yang mereka perlu buktikan. Zaman untuk bereksperiman dan berevolusi telah pun mereka tinggalkan. Kini mereka hanya menjadi Blind Guardian seperti mana yang majoriti peminat mahukan.

Ianya adalah apa yang kita fikirkan tentang Blind Guardian. Produksi sound, melodi, kerja gitar dan vokal Hansi Kürsch yang masih hebat. Ada momen yang menarik dan ada masanya saya hilang. Ada lagu yang sedap dan ada juga yang kurang menangkap

Secara keseluruhannya bagus, tetapi tidak cukup untuk membuat saya benar-benar teruja.



4 comments:

  1. semasa/selepas album At The Edge Of Time, aku agak blur dengan muzik BG... album Beyond The Red Mirror pun aku rasa hanya berapa kali dengar, tak ada lagu yang melekat

    album ni pun berapa kali aku dengar guna Spotify pun tak ada juga yang melekat, entahlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya la...semakin tua...semakin malas otak nak memproses lagu-lagu baru...kecuali yang betul2 catchy...

      Delete
  2. Terkejut tengok imej dan artwork... not so BG.

    ReplyDelete