Yang dah berusia 20 tahun..
Mötley Crüe - Mötley Crüe (1994)
Band kalau tukar penyanyi biasanya agak susah juga peminat nak terima tetapi bila tukar penyanyi dan tukar pula arah muzik maka akan bertambah sukarlah jadinya.
Sedari track pertama kita dah dapat agak yang muzik Mötley Crüe kali ini amat berbeza. Ini bukan lagi heavy metal 80an ala Too Fast for Love/Shout at the Devil ataupun blues rock ala Girls, Girls, Girls/Dr. Feelgood. Mereka kini condong ke arah grunge dan modern rock 90an. Walaupun masih menggunakan penerbit yang sama iaitu Bob Rock, sound mereka kali ini agak berbeza. Mungkin terkesan dengan kejayaan Metallica, sound Mötley Crüe juga ke arah tu. Sound yang lebih gah, gitar yang lebih tebal (mungkin kerana kali ini mereka menggunakan 2 gitar, John Corabi juga bermain gitar untuk album ini). Senang cakap produksinya memang lebih berat dan lebih tip top dari rilisan mereka yang sebelumnya.
Track no 1, "Power to the Music" memang sedap. Ada gaya modern rock dengan sound gitar yang berat. Track No 2, "Uncle Jack" chorusnya dah macam Alice In Chains. Gaya vokal John Corabi pun dah macam Layne Staley. Manakala track no 3, "Hooligan's Holiday" adalah lagu yang paling dikenali dari album ini. Memang sedap melodinya.
Tetapi lagu yang saya suka adalah lagu track no 4, "Misunderstood". (Backing vocal oleh Glenn Hughes). Lagu yang mula-mula perlahan kemudiannya menjadi heavy. Memang sedap melodi lagunya. Entah kenapa ianya mengingatkan saya kepada lagu-lagu perlahan Collective Soul (begitu juga dengan lagu track no 5, "Loveshine"). Manakala track terakhir, "Driftaway" adalah lagu slow yang setanding dengan lagu-lagu slow rock lama mereka. Walaupun ianya bukanlah seperti "Home Sweet Home/You're All I Need" punya acuan. Tetapi solo gitar Mick Mars yang mendayu-dayu tu mengingatkan saya kepada lagu-lagu tersebut walaupun ada masanya mengingatkan saya kepada lagu-lagu perlahan ala Tesla. Memang syiok 2 lagu ni.
Kalau nak yang heavy dan laju, cuba dengar track no 10, "Smoke the Sky". Menarik walaupun ada bayangan Guns N'Roses. Nak Aerosmith cuba track no 9, "Welcome to the Numb". Manakala track no 7, "Hammered" mengingatkan saya kepada era Dr. Feelgood kerana barulah dapat dengar shredding gitar solo Mick Mars.
Kesimpulannya ia adalah sebuah album yang bagus, malah pada saya lebih bagus dari Dr Feelgood. Suara John Corabi telah membawa mereka ke dimensi yang baru. Sayangnya yang menjadi punca masalah adalah nama Mötley Crüe itu sendiri. Peminat asal meninggalkan mereka kerana tiada lagi Vince Neil dan arah tuju muzik yang berubah manakala prospek peminat baru mengabaikan mereka kerana trend ketika itu apa yang datang dari 80an tidak lagi menjadi "cool".
Sayang...album ini bagus sebenarnya. Mungkin dengan sedikit tuah album ini sepatutnya boleh berjaya. Saya sendiri pada awalnya tidak mengemari kerana masih terikat dengan undang-undang Mötley Crüe yang lama. Tetapi lama kelamaan bila dah selalu dengar...rasa sedap pula.
Terbaik!
Perubahan untuk peningkatan selalunya banyak halangan...
ReplyDeletePasal vokalist lain la aku tak beli kaset ni..nyesal pulak tak dulu.lagu hooligans holiday je yg selalu dengar dulu
ReplyDeleteaku baca pasal hari dia kena buang kerja ngan motley crue pasal rekod company nak vince neil balik,
ReplyDeletecammana girlfren dia layan dia bila dapat berita..
pengajaran kehidupan artikel pasal dia tu, ntah mana ntah aku baca
Kreator nak datang Malaysia, live KL, Scandals Club, Jalan P.Ramlee, 23 April nih tak dengar ker??
ReplyDeleteTiket RM 120 pre-sale / RM 150 at the door
Btw, sy rock dah pencen tak pegi... hehehe, cuma info dpt dari page Facebuk...