Thursday, December 18, 2014

Doctor Butcher

lagi yang dah pun 20 tahun...


Doctor Butcher - Doctor Butcher (1994 - re release 2005)

Rasanya tak ramai pun tahu band ini. Kecualilah anda pengemar Savatage seperti saya. Ini adalah side projek bagi gitaris jemputan Savatage, Chris Caffery bersama pengasas Savatage, Jon Oliva.

Ianya sedikit berbeza dari muzik Savatage yang biasa. Tiada elemen progressive, theatrical mahupun epic metal. Itu kita boleh jumpa dalam satu lagi side projek Jon Oliva (Trans-Siberian Orchestra). Tetapi Doctor Butcher adalah Savatage yang lama. Zaman Sirens ataupun The Dungeons Are Calling. Straightforward metal album. Malah ianya lebih berat dan lebih aggresive dari muzik Savatage. Mungkin di sinilah tempatnya Jon dan Chris Caffery meluahkan segala perasaan marah mereka selepas kematian Criss Oliva.


Cd saya adalah keluran re release tahun 2005 yang juga mengandungi bonus disc lagu-lagu dari demo mereka yang dirakamkan pada tahun 1996. Memang berbaloi. Sayangnnya mereka tidak lagi meneruskan projek band ini semenjak Jon dan Chris Caffery kembali menyertai Savatage.


Saya tak rasa album ini sesuai untuk semua. Malah bukannya "patut beli" walaupun anda pengemar Savatage. Tetapi jika anda sukakan Savatage yang lama dan anda sukakan straightforward metal. Metal yang berat. Ini mungkin boleh menjadi kegemaran anda.



5 comments:

  1. first time dengar nama band ni. Lama dah tinggal Savatage.

    ReplyDelete
  2. Dulu aku ingatkan alternative/grunge band baru.rupanya savatage punya side projek eh

    ReplyDelete
  3. lawa la packaging dia...
    Aku sampai sekarang kadang2 masuk youtube, then tengok la apa2 je la project Jon Oliva dia nyanyi Summer Rain, Believe...
    Slow slow gitu...

    ReplyDelete