Wednesday, July 28, 2010

Teori Domino

Sempena 20 thn album2 tahun 1990 ni kan..Asik cerita album2 best orang putih jer...tak kan tahun 1990 tak der album best rock melayu...kalau tanya pendapat aku tentu la ada...jawapannya dah tentu2 Wings - Teori Domino..



Masa tahun 89/90 tu...sejak aku dah start dengar lagu2 yang lebih heavy...aku memang tinggal dah dengar rock melayu termasuk la Search sekalipun....tapi satu2nya band rock melayu yang aku tetap dengar dan suka adalah Wings...satu2nya album rock melayu yang selalu berada dalam walkman aku ketika itu adalah Teori Domimo...

Teori Domino adalah album ke 3 Wings yang aku rasa mesti dapat budget besar untuk produksinya...maklum la ini album pertama mereka dengan syarikat rakaman besar BMG kan...tapi dari segi soundnya aku kurang berkenan sikit...bunyinya terlampau tajam dan kering terutama gitar Joe...dan kekadang rasa macam dengar radio dalam gua...tapi walaumacamanapun dari segi lagu2 nya dan gitar work Joe terutamanya...album ni memang best...kalau Belenggu Irama dan Hukum Karma adalah album yang paling bernostalgia pada aku tapi Teori Domino adalah album terbaik Wings...period.

Aku ada terbaca yang album ni dirakamkan secara live...betul jugak kot...pasal majoriti lagu2nya memang bunyi 3 piece band ajer...memang dasat dengar solo2 Joe dalam ni...selepas Hillary blah dari Search...dengar pulak Joe dalam Hukum Karma dan ditambah dengan Teori Domino ni...memang dia la gitar hero aku kalau sebut pasal rock melayu...satu yang tak best rakaman live ni pada aku ialah part lagu trilogi Potret Monalisa,Insaf dan Midnight Blues...pasal dia rakam terus 3 lagu dalam 1 track menjadikan kalau dengar cd leceh tak boleh skip atau pilih salah satu lagu jer...terpaksa dengar kesemua 3 lagu...kalau kaset boleh jugak la forward skit2 kan...(untuk makluman kaset aku dah hilang...puas aku geledah gerobok tapi tak jumpa...iskhhh..)



Album ni memang complete la....semua lagu pun aku suka...jenis tak der hal kalau nak dengar satu album tanpa skip...lagu2 heavy dia Bujang Senang dan Alam Barzakh sampai hari ni pun masih jadi lagu2 wajib Wings manakala Sejati pulak rasanya adalah lagu mereka yang paling popular...tapi kalau time nak rilek2 jack...layan lagu Perhentian pun ngam jugak...

Dorang jugak ada keluarkan cd Teori Domino Revisited Jamming Session kan...best jugak...tapi aku takder cd ni...mungkin nanti aku beli jugak kot..


*****satu yang menarik pasal album ni...kat inlay dorang siap tulis instrumen dan efek yang digunakan...stail album orang puteh la...baru la rasa yakin yang dorang main sendiri masa rakaman...bukan takat tau bergambo jer kan...

9 comments:

  1. patutnya entri ni post waktu viral wings merebak awal tahun aritu...

    ReplyDelete
  2. album yg belum di cd kan lagi
    ntah kenapa aku pun tak tahu....


    anyway feveret album wings gua ialah Bazooka Penaka.

    tapi tak dinafikan album TEORI DOMINO ni SEMUANYA PEMBUNUH, TIADA PEMENUH!

    ReplyDelete
  3. Teori Domino Jamming Revisited baik version cd maupun vcd dah setaraf dengan cd Opera Dalam Kenangan. Kalau terjumpa memang nasib ko paling baik diantara beribu yang mencarik..hahaha.

    Kalau perasan, sound dalam album ni hampir sama macam kualiti album Karisma - Search pasal dua2 album ni dirakam di Syncrosound Kuching..

    ReplyDelete
  4. gua setuju ngan pendapat lu syed.. soundwise mmg tajam & xde bass.. yg trilogi tu pun mmg idea bodoh.. seksa gua nak dgr lagu midnite blues..

    part instrumentation list mmg sempoi.. yg x tahan awie pun nak eksen dia punya mic.. ekekek.. kalau x silap sampai album penaka diorang ada listkan gear yg diorang pakai..

    lagu feveret dah tentula alam barzakh, sejati, rantai & bujang senang. kalau nak dgr perhentian versi raggae, sila dgr album wings & superfriends.. hehe

    ReplyDelete
  5. ooo.. 1989/1990 ni kaset ialah top hits beb

    nanti dalam bas, nak gi sekolah, semua pasang walkman lagu ni...

    smua tunggu part sejati nak abis tu..nak jadi backing vokal

    Awie - kenangan itu..
    Ramai2 - KENANGAN ITU!!!!!

    sampai skarang aku kalo nengok wings live, ni part mesti happiness all around

    ooo cd revisited dah rare, aku beli dulu, ntah mana aku taruk

    ReplyDelete
  6. kat bintulu aku masih lg boleh cari vcd teori domino revisited, maybe ada dlm 1-2 unit lg kot

    aritu aku dah belikan takilala katanya kat kk dah sold-out

    ReplyDelete
  7. ...gua suka semua produk Wings... period!

    ReplyDelete
  8. aisey...aku baru cadang nak cari cd revisited tu...

    Zan...baru aku perasan..karisma pun sound camgitu jugak ek...

    ReplyDelete
  9. Agak2 ade tak bakal.cd good disc ni,

    ReplyDelete