Saturday, October 1, 2011

Dirt

Ok la dah alang2 tercerita pasal band2 grunge...aku tambah satu lagi...ni kira untuk pelengkap The Big Four of Grunge..



Alice In Chains - Dirt

Masa aku google nak cari info pasal album ni...terjumpa pulak ada orang tulis ayat ni

"i have never really enjoyed being depressed by music, in fact I enjoy music that does about everything but leave me depressed"

ayat ni boleh kira sum-up untuk aku bagi album ni khasnya dan muzik grunge secara keseluruhannya...ntah la aku lebih suka muzik yang bagi aku adrenaline dan tenaga...bukannya depressed camni...

Dah tau gitu kau beli kaset ni pehal????
haha...soklan bagus...sendiri tanya sendiri jawap...huhu...mungkin pasal hobi atau penyakit aku yang kalau menyinggah kedai kaset mesti punya terbeli...aku ni ada penyakit cd-holic kot..(atau dulunya kasetholic)...tapi antara sebab utamanya adalah pasal lagu "Would?"...1st time dengo lagu ni kat filem "Singles" terus aku berkenan...

Sayangnya cuma lagu tu jer la yang aku suka dari album ni...ok mungkin Down In A Hole tu kekadang aku boleh feel jugak...lain2 tu memang rasa jenuh aku nak menghabiskannya...hampir semua lagu bunyinya seakan2 sama dan takder yang melekat...senang cakap memang bosan....lagu yang En Anba cakap kat komen entri aku pasal Badmotorfinger yang Tom Araya nyanyi tu (Iron Gland) lebih kurang macam filler jer...lagu 43 saat yang bukan nyanyi pun...mungkin setakat nak menggunakan nama Tom Araya kot...maklum la Alice In Chains kan main untuk Clash Of Titans...tapi takat Tom Araya jerit "I AM IRON GLAND!!" nak buat apa...

Secara kesimpulannya kalau nak tanya pasal grunge...memang aku bukan orangnya...tapi kalau nak jugak pandangan aku....senang cerita...

NIRVANA > SOUNDGARDEN > ALICE IN CHAINS > PEARL JAM

***AIC lebih skit dari PJ pasal "Would?"

4 comments:

  1. dari satu segi, pengaruh muzik Alice in Chains lebih meluas..

    When it comes to guitar playing I think the layering and the honest feel that Jerry Cantrell gets on the new Alice in Chains record (Dirt) is worth a lot more than someone who plays five million notes.. - Dimebag Darrell

    ReplyDelete
  2. setelah membaca kesemua ulasan2 the big four seattle band yg mana senang dilabelkan "grunge" memang tak dinafikan kebanyakan isu2 dalam album2 "grunge" kisah moody, depressive, disfunctional kids/family, teen angst etc. Dari segi muzikal kebayakannya lahir dari muzik punk+hard rock+metal. so dpt tgk ler nirvana lebih punknya with pop melody, pearl jam dgn pengaruh neil young, soundgarden lebih sludgy ala black sabbath & AIC lebih hard rock/metal/akustik with dark lirik.

    tapi kalau dgr band2 seattle terawal muziknya lebih fuzzy, loud distortion & raw cth Greenriver & mudhoney.

    ReplyDelete
  3. hah, aku pun ada kaset ni jugak dulu.
    Down In The Hole slow je eh. Sedap.

    ReplyDelete
  4. Banyak juga yang puji alice in chains..slayer,metallica,megadeth dll dan diantara 4 band grunge .Alice in chains boleh dikatakan mempunyai pengaruh yang lebih mendalam lihat sahaja pada band mcm godmack,staind,nickelback, ...dll
    Tapi utk feel yang lebih Rockin..Album Facelift is a bettr choice...

    ReplyDelete