Friday, January 13, 2012

Aku, Isabella dan Tok Kenali



Aku amat jarang membeli buku bahasa melayu...kalau ada pun biasanya untuk anak2...tapi masa berjalan2 di MPH Alamanda,Putrajaya dec lalu...terjumpa pulak buku ni...




Bukan senang nak jumpa buku biography bahasa melayu...ada kena mengena ngan sejarah rock melayu pulak tu...ntah kenapa susah betul nak jumpa biography tokoh melayu selain tokoh politik..penerbit tak berani atau memang orang melayu tak minat membaca...kalau yang membaca pun... takat baca novel Ombak Rindu kot...heheh...

Aku teringin nak baca kisah Ramli Sarip ker...Amy Search ker...Man Kidal ker...M. Nasir ker atau tak kisah la sapa2 saje....Bob Lokman ni pun aku rasa kalau tak pasal politik...belum tentu ada penerbit nak terbitkan kisah hidup dia...

kisah pasal Wings dan isu rambut panjang
Pada aku buku ni menarik...sayangnya aku rasa ianya di buat semacam tergesa2...mungkin jugak penerbit maukan ianya diterbitkan secepatnya...maklum la...isu tengah panas...time ni la nak cash in...aku mengharapkan lebih banyak cerita2 zaman rock dia...maklum la...Bob Lokman ni la orang di sebalik Isabella, Wings, Search, M. Nasir dan berpuluh2 lirik lagu2 rock 80an dan awal 90an yang aku suka....sayangnya mungkin zaman rock tu lah zaman yang kalau boleh dia nak padamkan dalam hidup dia...aku paham...aku menghormati kedudukan dia...walaupun begitu ada jugak beberapa helai mukasurat yang dia tujukan khas untuk Search,Wings dan M.Nasir....(jadilah...daripada takder...)

Bagi aku tak perlukan korang jadi penyokong PAS baru boleh baca buku ni...kalau korang totok UMNO pun takder hal baca...sekurang2nya korang akan tau apa alasan dia join PAS...bagi aku...ni negara demokrasi...hak berpolitik adalah hal peribadi memasing...macam metal la...samada ko sokong Metallica ker atau ko sokong Megadeth...tu korang punya pilihan la....so takyah la nak mempersoalkan...

search dan isabella

Buku ni menceritakan kisah hidup dia sejak kecik...apa hubungan ulama terkenal Tok Kenali dengan dia...zaman persekolahan dia yang nakal...lari dari ambik periksa SPM...kerja bawak bas sekolah...kerja jaga studio...jadi pengurus Wings, M. Nasir...zaman2 kegemilangan beliau hinggalah zaman kejatuhan...jatuh sakit...bini lari...kawan karib meninggal...hinggalah kepada kenapa dia mengambil keputusan untuk berhijrah meninggalkan dunia glamour dan kemewahan dan menyertai jemaah PAS....

Cerita pasal menyertai jemaah ni...buat aku teringat kisah aku...masa awal 90an dulu...zaman belajo kat ITM Segamat...aku dan 2 orang kawan sebilik lepas ronda2 bandar Segamat...kita orang singgah semayang asar berjemaah kat Masjid Segamat...lepas semayang...Iman masjid tu panggil kita orang ajak berbual...antara topik perbualan kami yang aku tak lupa sampai bila2 ialah perlunya setiap antara kita menyertai jemaah....

"bagus orang2 muda macam kamu ni berjemaah di masjid (tu jam muda la...heheh...) ada tak diantara korang yang join mana2 jemaah?" lebih kurang gitu la pertanyaan Tok Iman tu...kawan aku tu sorang ahli PAS....yang sorang lagi tu budak Tabligh...aku jer la yang atas pagar....tersengeh2 aku nak jawap....menurut kata Tok Iman tu...kita nak menuju ke akhirat ibarat nak menuju ke pulau....berenang atau mendayung sampan sorang2 amat susah untuk kita mengharung arus dan ombak untuk ke pulau berbanding mendayung beramai2 atau naik kapal besar...ada panjang lebar lagi la huraian dia...tapi aku ringkaskan kat sini dia cakap...pilih la mana2 jemaah Islam pun...tak kisah la Tabligh ker, PAS ker, Usrah ker....mana2 pun...yang penting kita mesti sentiasa dalam jemaah....pesanan tu memang aku ingat sampai bila2...dan sejak tu memang aku bertekad nak duduk dalam satu jemaah...wallahu a'lam...


ok..sorry melalut pulak...ni biography aku ker Bob Lokman???...heheh...
secara keseluruhannya...buku ni memang menarik...walaupun agak ringkas....nipis jer muka suratnya...tapi kalau korang terjumpa kat mana2...baca lah...semoga kisah hidup dia tu dapat memberi pengajaran kepada kita semua...


.

9 comments:

  1. PAS tu nak kira jemaah ka? Aku pun konpius.

    ReplyDelete
  2. iyer..Pas adalah jemaah...sila rujuk kepada yang lebih arif kalau nak kepastian....

    aku bukanlah orang yang selayaknya nak menjawap persoalan ni..

    ReplyDelete
  3. macam menarik... kalau jumpa nak beli lah!

    ReplyDelete
  4. Boleh juga guna sikit peruntukkan baucer buku RM200 untuk beli buku ni. Terima kasih untuk reviu.

    ReplyDelete
  5. haha aku pun nak guna duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ckit utk guna beli buku ni gak...seriously, aku pernah terjumpa buku ni dlm tahun lepas agaknya di Kuching,belek2 ckit2 tapi x beli sbb hakikatnya aku malas membaca...ianya sebenarnya menarik cuma aku yg liat sgt nak mentelaahnya...

    ReplyDelete
  6. ..Bob Lokman,aku paling suka lagu Malas hasil nukilan beliau untuk Teacher's Pet...Kena jugaklah aku cari buku ni nanti..

    ReplyDelete
  7. rasa2 tv3 dulu dlm slot cerekarama ada drama pasal kisah hidup Bob ni...pelakonnya afdlin shauki sbg bob, sheila rusly sbg bini dia yg lari, pasal dia jatuh sakit kena stroke, pasal lagu rock2...etc..

    ReplyDelete