Wednesday, January 11, 2012

For Unlawful Carnal Knowledge


Lagi album yang sepatutnya aku publish tahun lepas...dah 20 21 tahun dah usianya




Van Halen - For Unlawful Carnal Knowledge (1991)

F.U.C.K adalah acronym untuk For Unlawful Carnal Knowledge...sekurang2nya itu lah yang Sammy Hagar maksudkan...album ni adalah 1 daripada 4 album hard rock/metal yang dapat no 1 kat carta Billboard pada tahun 1991 selain Slave To The Grind - Skid Row, Black album - Metallica dan Use Your Illusion II - Guns N Roses...tahun terbaik untuk muzik hard rock/metal...memang susah la nak jumpa camgini lagi...

tapi bagi aku...dari 4 tu...ni lah album yang paling aku kurang suka...tak kisah la kalau dorang menang grammy best hard rock performance untuk album ni...pada aku inilah album Van Halen era Sammy Hagar yang paling aku kurang suka...paling best semestinya 5150...pastu Balance...dan OU812...

Walaupun mereka cuba untuk menjadi lebih heavy...aku rasa macam dah kurang identiti Van Halennya tu...mendengar album ni bagaikan mendengar album solo Sammy Hagar...mungkin telinga aku dah terbiasa dengan Van Halen yang pop sejak 2,3 album sebelum ni...so bila dorang buat heavy...dah tu agak straightforward lagu2nya...menyebabkan aku merasa sedikit bosan...walaupun aku tau ramai pengemar2 Van Halen 70an suka kat album ni...


rasanya yang menjadi penyelamat  untuk aku terus mendengar hanyalah solo2 gitar Eddie Van Halen yang tetap tip top macam biasa...walaupun soundnya sedikit berbeza dari album2 sebelumnya...mungkin kerana Eddie tidak lagi menggunakan Marshall Plexi amplifiernya...sebaliknya menggunakan 1989 Soldano Head...leceh la nak cerita bab teknikal ni...aku pun tak pandai...copy and paste ajer...heheh...

lagu terbaik adalah lagu track pembukaan "Poundcake"...lagu yang Eddie pakai power drill tu...menarik walaupun bukanlah original...idea guna power drill tu kalau tak silap Paul Gilbert dah buat dulu sejak2 zaman dia ngan Racer X lagi....dan secara peribadinya bagi aku...Paul Gilbert main lagi best....tapi tak kisah la...lagu ni memang sedap...kalau tengok versi live lagi best...

satu lagi yang berbeza...album ni Eddie tak guna synthesizer...guna piano betul...contoh boleh dengar kat lagu "Right Now"...rasanya ni lah lagu yang paling terkenal dari album ni...lain2 lagu menarik pada aku adalah "Pleasure Dome", "Runaraound" dan "Top Of The World"....dengarkan solo2 Eddie kat lagu2 ni...memang perghhhh!!!...

btw...dah boleh dengar dah single terbaru dorang "Tatoo"...boleh tahan...terutama part solo Eddie tu...mungkin album baru ni akan masuk wish list aku untuk 2012...


5 comments:

  1. VH ni saya tak berapa nak masuk

    TAPI

    saya tengah layan DVD VH Right here right now, untuk dapatkan feel VH ni

    apapun best layan Bassist dia punya solo.

    ReplyDelete
  2. sama ngan portdy, susah skit nak msuk, tapi sejak 2 menjak ni cd best of the both world selalu berputar di cd player.

    ReplyDelete
  3. aura david lee roth terlalu kuat, tu la masalahnya dengan sammy hager. gua layan album2 van halen selepas david lee roth adalah kerana eddie van halen. album ni membuatkan satu dunia mencarut tak memasal bila menyebutnya. jahat!

    ReplyDelete
  4. tattoo macam best. DLR pun masih rock nampaknya.

    ReplyDelete
  5. saya ada beli majalah Classic Rock cover depan album Van Halen 1984, memang the best!

    ReplyDelete