Watchmen (2009)
Untuk rekod...aku bukanlah pengemar tegar cerita2 super hero...mungkin zaman budak2 dulu yer...budak mana la yang tak berfantasi nak jadi kuat macam Superman kan?...era 80an dulu aku cukup suka ngan tv siri The Greatest American Hero...superhero yang paling kelam kabut dalam sejarah...tapi dah tua2 ni kurang berminat pulak ngan genre cengini...kalau ada pun aku follow cuma Batman...tu pun pasal aku suka pelakon2 yang pegang watak Batman...Val Kilmer, George Clooney dan Christian Bale...
Semasa menonton Watchmen ni...aku tak lah mengharap sangat...aku target mungkin selepas 15 minit pertama aku akan tertido macam masa aku nengok Hellboy 2 tempohari...ternyata sangkaan aku meleset...Watchmen berjaya menyegarkan mata aku walaupun menontonnya selepas pukul 12 malam...
walaupun tanpa pelakon2 betaraf bintang dan ada yang costumenya yang agak lawak...tapi cerita ni memang awesome...ok...mungkin permulaan ceritanya agak slow...banyak bercakap...tapi bagi aku yang biasa dengan cerita2 heavy drama yang banyak dialog...benda ni bukanlah menjadi hal...malah ianya menjadi sesuatu yang buat kita makin nak tau apa yang berlaku seterusnya...karakter paling best pada aku adalah Rorschach...nampak kool sepanjang masa...
yang paling kanan tu paling lawak la costume dia.. |
Aku tak pernah baca komiknya...so aku tak tau apakah cerita ni sama macam komik...kalau korang tanya Ombak Rindu tu sama tak macam novelnya...tu aku tau la...heheh...
Cerita berlatarbelakangkan zaman 80an...so konpem ada lagu2 80an...lama betul tak dengo lagu 99 Luftballons dari Nena...budak2 dulu suka betul aku kat lagu ni...satu lagi masa opening credit tu...ada satu lagu aku rasa agak familiar...tapi aku lupa kat mana aku dengar...lepas mengoogle baru aku teringat..tu lagu Blackmore's Night - The Times They Are A-Changin'...dan aku jugak pernah dengar versi Simon and Garfunkel...tapi kat filem ni original version dari Bob Dylan...lagi menarik pulak rupanya original version ni...(semasa google...baru tau Eddie Vedder pun pernah kaver lagu ni rupa2nya...)
versi live 1963
Apa2 pun...filem ni memang rekomen...sayangnya ianya ditayangkan kat Max (Ch 412)...takder dalam HD...sayang sungguh...
yg ko kata costume lawak tu, mcm dressing ahli gusti lucha libre
ReplyDeletegua baru tengok sket movie kick ass. blum habih lagi layan movie tu, lu promot movie ni plak. lama dah gua tau pasal movie ni tapi tak dapat tengok sampai ke hari ni. bukan ni saja, ada beberapa lagi movie superhero yg gua tak tengok lagi!
ReplyDeletei don't wanna be a super hero - roadrunner united the all-star sessions
bro, u should see the uncut version, lagi syok....walaupun sarat dengan elemen heavy drama, tapi apa yg penting dalam movie ni ialah the main point nya iaitu SUPERHERO2 DALAM MOVIE NI DAH SERIK DAN BOSAN DENGAN KARENAH MANUSIA YANG SERING MANIPULATE DIORANG! fakta itu memang in-your-face la bro
ReplyDeleteKena baca dia punya graphic novel by alan moore dan art by dave gibbon. Lagi mendalam...lagi masyuk... Movie ni jalan citernye dah lari sikit...
ReplyDeletesaya rekomen satu lagi filem daripada Zack Synder : Sucker Punch. Penuh aksi dan awek seksi.Terbaik!
ReplyDeletePortdy....Sucker Punch dah tengok...tapi lebih suka Watchmen...
ReplyDelete