Lagi yang sepatutnya aku publish tahun lepas
Faith No More - Live At Brixton Academy (1991)
Masa awal2 90an dulu...selalu betul nampak kaset live ni kat kedai2 kaset...tapi disebabkan kekangan kewangan bagi seorang pelajar...kaset2 live ni biasanya amat jarang aku beli...keutamaan diberikan kepada kaset album yang sebenar...disinilah bergunanya kawan dengan konsep sharing is caring...heheh..
1st time pinjam kaset ni aku dah tertarik ngan lagu bonusnya "The Cowboy Song"...sedap...sejak tu memang terpikir nak beli kasetnya...tapi hinggalah ke zaman cd tak jugak terbeli2...akhirnya selepas 20 tahun...terbaca pulak yang Warner Music ada meriliskan semula album ni di UK pada tahun lepas...dan macam tak percaya pulak aku terjumpa edisi ni kat ebay orang jual dengan harga serendah RM15...tapi bila dah terbeli baru lah aku kenapa la murah reganya...
Rupanya cd ni jenis guna kaver kertas kadbod sekeping jer...inlay pun takder...hampeh betul....terasa macam beli cd cetak rompak ajer....nasib baik la cuma RM15 ajer...
Apa2 pun kalau nak cerita pasal kandungan cdnya...memang bagus...tu pun kalau korang suka "The Real Thing"...pasal 7 daripada 8 lagu livenya adalah dari album tersebut...lagu2 best macam Epic, Falling To Pieces, From Out Of Nowhere semua ada...jadi bertambah menarik versi live ni majoritinya sedikit berbeza dari versi asal..siap Mike Patton nasi tambah lagu New Kids on the Block "Right Stuff" dan Teknotronic "Pump up the Jam" lagi...menarik...cuma sayangnya lagu favourite aku Surprise! You're Dead! tak der la pulak...
Berita baiknya Faith No More dah pun bergabung semula...harapnya adalah album baru nanti...walaucamna pun aku tetap ada soft spot pada Big Jim Martin...maklum la dia ni kan kawan baik Clif Burton....Faith No More tak akan sama tanpa cermin mata merah...dan gitar V nya tu....
aku ada kaset dia dulu
ReplyDeletebila lagu Epic terus masuk Pump Up The Jam best giler.
sama bro...lagu "epic" pun antara favorite gua gak hahah
ReplyDeletemasa debut 'the real thing' kuar, axl roses bagi komen pasal album ni..."i'm jealous", kata beliau.
ReplyDeletememang sebuah album yang sangat hebat pada masa ( 1989 ) kerana kelainannya!
aku start dengar faith no more dengan album angel dust... yo bro..aku beli 5 CD Faith No More RM 50.00+ tapi kadbod cover la...hehehe
ReplyDelete