Monday, October 22, 2012

Angel Dust

Lagi album yang dah 20 tahun...



Faith No More - Angel Dust (1992)

Pertalian antara Jim Martin dan Cliff Burton adalah penyebab utama kenapa saya mula mendengar FNM...mungkin kerana dia juga muzik FNM lebih cenderung arahnya kepada metal berbanding band2 cross-over lainnya seperti RHCP...walaubagaimanapun album ini akan sedikit mengecewakan peminat beliau...

Walaupun masih terdapat riff2 metal beliau...tetapi Angel Dust lebih mementingkan vocal Mike Patton dan sound keyboard/synthesizer Roddy Bottum...sesuatu yang berbeza dengan album2 yang sebelumnya...malahan tugasan mencipta lagu beliau juga dihadkan...banyak rumours yang mengatakan dia dipecat kerana tidak bersetuju dengan hala tuju baru FNM ini...(saya pernah terbaca interview dia bersama Kerrang dulu....menurutnya dia tak akan bermain semula dengan FNM kecuali jika dia menjadi sell-out....dan kata2nya tu di kotakan sehingga kini walaupun sudah beberapa kali dia ajak untuk re-union)...


Walaubagaimanapun...selain bunyi gitar bukan lagi dominasi utama FNM...album ni sebenarnya ada banyak juga lagu yang sedap2...tapi mungkin ianya bukan untuk semua orang...biasalah...bukan semua orang dapat menerima muzik rojak sebegini...

Antara lagu yang berjaya menarik perhatian saya adalah "Midlife Crisis","Kindergarten","Be Aggressive" dan satu2nya lagu ciptaan Jim Martin "Jizzlobber"....tapi kalau nak kata lagu yang paling best...pada saya ada dua..."A Small Victory" dan lagu cover  Commodores "Easy"...sampai sekarang saya cukup feel bila mendengar solo pendek Jim pada lagu "Easy"...




4 comments:

  1. Epic dr Faith No More jugak yg jadi favorite kebanyakan mat rock hehehe...

    ReplyDelete
  2. betul tu... Album The Real Thing

    ReplyDelete
  3. easy dorang maintain eh, tak merosakkan lagu tu. aku suka.

    ReplyDelete