Thursday, February 28, 2013

Festival Layang Layang Sedunia 2013


Festival layang layang sedunia Pasir Gudang kembali lagi. Tahun lepas aku tak pergi. Last adalah pada tahun 2011. Tahun ni terajin pulak untuk menempuh jem dan terik matahari. Festival kali ni berlangsung pada 19hb hingga 24hb February yang lalu.


Ini adalah kali ke 4 blog aku ni cerita pasal ni. So...malas la nak cerita panjang...layan gambo ajer la...


pic name

pic name

pic name



pic name

pic name

pic name

Selepas 2 tahun, masih ada juga layang-layang yang sama...tapi apa yang aku nampak macam kali ni banyak pulak layang2 kartun...



Dulu kecik2 curi benang mak nak main layang2..lilit kat ranting kayu pun ok...ni tengok beso giler tempat lilit benang dia...(tak silap apek ni dari China...peserta paling tua...umur dah masuk 80an pun masih kuat lagi...)


Sesuatu yang berbeza...tahun ni ada gerai jual jersey Johor Darul Takzim...maklum la benda tengah hot...yang hampehnya...jersey pirate ni dorang jual sampai RM80...yang ori pun baru RM79.90...mungkin dorang takut ngan budak2 TMJ...konon2 jual yang ori la...kesian la pada sapa2 yang tak tau abis kena tipu...ni semua salah KAPPA pasal tak boleh supply demand yang tinggi....mungkin dorang pun tak pernah terpikir permintaan macam ni punya tinggi...



Tahun ni ada permainan layang2 waktu malam...dengar ceritanya layang2 tu dipasangkan lampu led...mesti cantik kan....tapi tak larat pulak aku nak tunggu sampai malam walaupun dengarnya ada kumpulan Spider...lagipun cadangnya malam tu nak turun ke Setia Tropika...ada penyanyi favourite orang rumah aku...Richard Marx...iyer Ricahrd Marx Right Here Waiting tu...boleh lah bernostalgia...free pulak tu...kononnya nak gi lepas Isyak...maklum ada 4 artis...bajet Richard Marx mesti last punya...main event la kan...alih2 member orang rumah call yang Richard Marx dah nyanyi dah...dia orang no 2 buat persembahan selepas Shila Amzah...yang jadi main event adalah 2 artis China ntahsapantah dari Hong Kong dan Taiwan...aduh...aku lupa la...ni bukan 80's atau early 90's...Richard Marx bukan lah nama besar lagi...heheh...melepas...


Sampai berjumpa di tahun hadapan...




Wednesday, February 27, 2013

The Best Of White Lion

Lagi belen2 draf dari tahun lepas. (dah nak masuk bulan 3 pun tak habis-habis :P )
Album kompilasi yang dah mencapai 20 21 tahun.


White Lion - The Best Of (1992)

White Lion akan sentiasa ada tempat istimewa untuk saya. Kalau anda pengikut blog saya ini dari awal, pasti anda akan tahu yang gitarist mereka Vito Bratta adalah salah seorang gitar hero saya. Dan saya tak malu mengaku yang saya adalah fan boy mereka.


Gelaran cheesy ker lembik ker itu saya tak kira. Dengar sendiri permainan mereka terutamanya bab kerja gitar Vito. Memang awesome. Mereka memang pemuzik yang berbakat. Siapa nak bangkang kalau Dave Mustaine sendiri pernah ambik James Lomenzo bermain untuk Megadeth. Band-band hair metal/glam/pop metal atau tak kisahlah apa pun term yang anda guna untuk mereka memang banyak menghasilkan pemuzik-pemuzik yang hebat.

The Best of White Lion ini mengandungi lagu-lagu terbaik/popular dari 3 album klasik line-up mereka, Pride, Big Game dan Mane Attraction. Walaupun ada antara lagu-lagu yang saya suka tiada dalam kompilasi ini, tetapi jika anda baru bercadang untuk mengenal muzik mereka, album ni adalah tempatnya.


Yang menariknya pada saya untuk memiliki kompilasi ini (walaupun saya ada semua cd-cd mereka) adalah kerena adanya versi live lagu favourite saya "Lady of the Valley". Maklumlah line-up klasik Mike Tramp - Vito Bratta - James Lomenzo - Greg D'Angelo ini tak pernah mengeluarkan album live secara rasmi. Ntah bila lah mereka ini nak bergabung semula.

Rekomended untuk yang meminati gitar shredder ataupun melodi lagu yang sedap-sedap.


***ada sesiapa menonton "The Amazing Race 21"? Tak pasti adakah anda tau yang pasangan rocker dalam season tersebut adalah James Lomenzo. Sayangnya mereka tersingkir ketika 6 pasangan terakhir.




Monday, February 25, 2013

1 jam = RM12



Mengemas gerobok terjumpa pulak resit yang dah nak cecah 25 tahun ni...pergh!!!!  Ni betul2 mengamit memori...kenangan zaman bebudak dulu...zaman berangan nak jadi rock star...heheh...

Studio jamming ni pun dah lama bungkus..Sahara Studio, Ulu Tiram, Johor (sekarang dah jadi KFC kalau tak silap)...tempat yang aku dan geng2 sekelas jamming setiap minggu lepas balik sekolah...yang bestnya tuan punya studio ni adalah bapak kepada salah seorang rakan sekelas...sayangnya dia tak rock...so takder can lah nak jamming free...tu pun kalau time dia ikut...sewa 1 jam...melarat sampai 3 jam...bayarnya cuma 1 jam...heheh...

Studio ni pernah menghasilkan satu band rock yang pernah buat album dan keluar kat Muzik Muzik TV3 tahun 1990 atau 1991...lupa dah tak ingat...nama band tu pun Sahara...(carian aku di google gagal...nampaknya takder sapa dah ingat band ni...hahaha..) gitaris dia tu senior kat sekolah aku...takder la terer mana pun...tapi kerek semacam...pernah jamming dengan dia orang jugak...

Sayang tu jam tak ujud lagi handphone...kamera pun susah...so takder la gambar untuk menjadi bukti dan kenang2an....band member aku ni pun dah bersepah kemana2...ada duk Arab Saudi...ada duk Sabah...ada KL...yang lost kontek pun ada...kalau dapat buat re-union sesekali zaman2 tua ni kan best...heheh...

Agak2 sekarang berapa RM ek kalau nak sewa studio sejam?




Friday, February 22, 2013

Lincoln

Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook, Argo, Life of Pi, Beasts of the Southern WildAmour



Lincoln (2012)

Ini adalah antara filem yang favourite untuk menang filem terbaik. Saya jangkakan ianya adalah kisah hidup Presiden Lincoln tetapi sebaliknya ianya hanyalah menumpukan kepada apa yang berlaku dalam lebih kurang 4 bulan terakhir sebelum kematiannya. Ianya berkisarkan usaha Lincoln supaya The 13th Amendment diluluskan dalam parlimen US. Iaitu undang-undang tentang penghapusan hamba abdi.

Menontonnya di waktu larut malam memang agak mencabar. Maklumlah cerita yang durasinya hampir sepanjang 2 jam setengah ini adalah jenis heavy drama, banyak cakap. Memang mengantuk di buatnya. Tidak dinafikan ceritanya menarik tetapi disebabkan pergerakan ceritanya yang agak perlahan (heavy drama la katakan) ianya memerlukan kesabaran.

Walaupun begitu saya cukup tertarik dengan lakonan Daniel Day-Lewis. Walaupun saya tak pernah tahu bagaimana watak Lincoln yang sebenarnya tetapi lakonan beliau sangat menyakinkan. Dan saya berani mengatakan yang beliaulah yang akan memenangi gelaran aktor terbaik di academy nanti. Kalau beliau menang bermakna ini adalah rekod, kerana belum pernah ada aktor yang memenanginya sebanyak 3 kali. Sebelum ini beliau pernah menang untuk filem My Left Foot (1989) dan There Will Be Blood (2007).










Thursday, February 21, 2013

Amour


Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook, Argo, Life of Pi, Beasts of the Southern Wild


Amour (2012)

Untuk Adi dan Rafi, yang ini baru foreign film. Filem dari Austria. Dialognya pula menggunakan bahasa Perancis. (err...orang Austria memang guna bahasa perancis eh?..) Memang untuk menontonnya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sarikata.

Sebuah lagi filem drama berat dan art. Filem kategori begini memang senang nak tercalon jadi filem terbaik. Seperti Beasts of the Southern Wild , filem ini juga bukannya untuk tontonan semua orang. Ianya jenis filem banyak bercakap, yang tak minat konpem akan tertidur. Walaubagaimanapun, mata saya masih gagah menontonnya hingga akhir (ok...ada la sikit-sikit fast forward bab-bab yang takder dialog tu).

Ceritanya berkenaan pasangan suami isteri yang sudah berumur. Isterinya mengalami stroke dan lumpuh sebelah badan. Si suami mengambil tugas menjaga isterinya. Ada anak tetapi duduk berjauhan. Jalan cerita memang nampak simple. Kisah ketabahan si suami menjaga isterinya tetapi memang ada kejutan.

Apa yang saya cukup tertarik adalah lakonan 2 pelakon utamanya tertutama yang menjadi isteri (Emmanuelle Riva). Tak hairanlah dalam usia beliau yang dah mencapai 85 tahun tu boleh menang BAFTA Awards. Memang real lakonannya. Saya tak terkejut jika beliau juga memenangi best actress di academy awards nanti.

Cerita ini buat saya terpikir bagaimanakah keadaan kita di hari tua nanti. Kisah begini mengkin sahaja akan terjadi pada kita semua. Sebuah filem yang menarik tetapi untuk menontonnya sampai habis anda seharusnya mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Tetapi jika anda peminat filem heavy drama/art, Amour bukanlah satu masalah untuk anda.



Wednesday, February 20, 2013

Vs Lions XII



Liga Super 19hb Feb 2013
Johor Darul Takzim 2  Lions XII 2
(Simone Del Nero, Norshahrul Idlan Talaha)



(Seperti yang aku cakap tu hari, kalau beli tiket lambat...dapatlah tiket yang tak tulis lawan siapa dan tarikh pun tak ada...)

Antara yang menarik...

1- Sepanjang aku nengok bola kat Larkin, aku rasa malam ni antara yang paling ramai...sesak...mungkin jejak 30 ribu orang kot...memang lebih ramai dari game2 yang sebelum ni...(siap ada 2 orang makcik pakai baju kurung macam nak gi kenduri kahwin pun ada...heheh...) sampaikan seat untuk penonton lawan pun last2 polis kasi masuk duduk bercampur...dan 1st time kat grand stand ada allocation untuk penonton lawan...padanlah semalam jual tiket baru 1/2 jam grandstand punya dah sold out.


2- Penonton malam ni memang happening. bergegar!!...memang meriah...ini adalah antara sebab kenapa nengok kat stadium lebih best dari nengok depan tv...feel dia tu memang lain...Boys Of Straits punya kelompok pun nampak makin ramai...kuat giler dorang punya sorakan...bahagian tengah stadium pun dah ada satu lagi kelompok sorak lain...antara lagu BOS menganjing adalah "Fandi Ahmad kita punya"...heheh..tapi yang tak boleh blah...lagu Awie Ratuku pun dorang bantai nyanyi...hahaha...

3- Keadaan padang walaupun kerap ada game dan kerap hujan pun masih tip-top. Tabik kat pihak stadium.   Time rehat pun ada staff dorang check dan tampal mana2 rumput yang terkopak. Tak hairanlah kalau Peter Butler ( T-Team) pun puji habis Stadium Larkin tempohari...kelab dan padang yang di uruskan dengan sangat profesional katanya...Aku yakin Larkin adalah the best pitch kat Malaysia sekarang ni.

4- Pasal game pulak...tu lah...penyokong dah penuh...padang dah tip-top...main still tak capai standard yang di harapkan. Aku rasa Fandi masih gagal dalam strateginya...aku tak paham kenapa dia masih tak bagi main star2 yang mahal2 tu...patut dia bagi Safee Sali main dari awal...Mat Yo dah kena kawal ketat...bila Safee masuk baru nampak Mat Yo free...defend yang mark dia dah konpius nak jaga sapa...tu yang dia boleh score tu...

ni masa Mat Yo score...bergegar satu stadium...
5-Selain dari Guiza dan Del Nero (ni 2 memang jauh dorang punya standard dan skill) aku rasa Awe adalah Man Of The Match. Aku pelik kenapa takder sapa pun petik nama dia untuk team Malaysia padahal bagi aku gandingan dia dengan Piya lah yang buat TRW jadi juara treble tahun lepas. Memang laju dia main...

6- Apa2pun game semalam memang menarik, nak gugur jantung nengok...Lions XII punya passing memang hebat....tapi masuk 2nd half dorang dah start main defend...tu yang JDT attack...attack..attack tu...sayang tak der nasib nak menang...takperlah yang penting masih kekal rekod tak kalah di Larkin....


"Luaskan Kuasamu!"



Tuesday, February 19, 2013

Revenge

Koret-koret entri yang patutnya publish tahun lepas. (dah masuk tengah bulan Feb pun tak habis-habis..)
Album yang dah capai 20 21 tahun dah...



Kiss - Revenge (1992)

Dari 70an hingga ke sekarang, dari rock ke disko ke hair metal...KISS is here to stay...

Revenge adalah album terbaik KISS di era 90an. Ini juga merupakan album pertama mereka selepas kematian Eric Carr. Suatu yang menarik, mereka tidak terikut2 dengan keadaan semasa. Mereka tidak cuba untuk menjadi alternative atau pun grunge. Mungkin kesilapan di zaman disko menginsafkan mereka (heheh..)

Selepas tempias hair/pop metal dalam album2 80an mereka, KISS kembali dengan album yang lebih berat dan matang. Revenge adalah sebuah album hard rock yang back to basic tetapi dengan sound 90an. Kembalinya Bob Ezrin sebagai penerbit mengembalikan KISS ke era Destroyer. Rasanya Revenge bolehlah dianggap sebagai salah sebuah album terbaik KISS zaman tak pakai make-up.



Memori saya terhadap album ini sudah tentunya lagu dari soundtrack Bill & Ted's Bogus Journey"God Gave Rock 'N' Roll to You II". Ntah kenapa melodi lagu ini memang sentiasa melekat di kepala saya semenjak kali pertama mendengarnya 20 tahun yang lalu.

Antara lagu2 pilihan dari album ini adalah unholy,domino, paralyzed,take it off, i just wanna dan juga lagu tribute untuk Eric Carr, "Carr Jam '81"





Monday, February 18, 2013

Vs T-Team


Vs T-Team

Liga Super 16hb Feb 2013
Johor Darul Takzim 1  T-Team 0
(Daniel Güiza)

Sorry terutamanya En Shafid pasal lambat update. Semalam gi Mersing hantar anak balik asrama tak sempat nak bertenet.

This is Larkin!
Antara yang menarik...

1- Aku baru perasan, kalau beli tiket awal...kita akan dapat tiket yang ada tulis nama perlawanan. Beli lambat dapat tiket yang cuma tulis Johor Darul Takzim. Mungkin tiket yang ada tulis nama game dorang print tak banyak kot...takut kalau tak abis nanti membazir...tapi rasanya setakat ni kat Larkin sentiasa abis...tu pasal aku beli lambat asik dapat tiket takder tulis nama game...ni jenis kalau tak abis boleh recycle untuk next game.


2- Aku biasa sampai lepas maghrib, so tak tau camner nak bersolat kalau kat stadium. Tapi aku ada dengar cerita atas permintaan orang ramai, pihak stadium ada menyediakan ruang solat dan game kali ni pasal hari sabtu, aku gi awal. Nampaknya memang betul ada ruang solat jenis terbuka tapi berbumbung. Memang luas, rasanya takat 200 berjemaah takder hal. Cumanya aku tak nampak ruang tertutup kalau muslimah nak bersolat. Ada orang bawak bini bawak anak...tak kan lah lelaki jer nak semayang kan?

3- Stadium macam biasa...hampir penuh..yang kosong sikit jer la bahagain bawah kat belakang gol. Tapi bab tu aku paham kenapa takder orang nak duk situ. Pagar tinggi memang terlindung...tu pasal ada orang yang lebih suka berdiri atau duduk kat tangga.

4- Tentang game pulak. 1st half JDT main cantik, control game tapi sayang tak dapat score banyak. Masuk 2nd half bila Simone Del Nero injured kepala, kena tukar...game jadi bosan...midfield terus tak hidup. Del Nero dan Guiza memang jauh standardnya kalau nak banding ngan budak2 Malaysia. Ntah bila ada player Malaysia nak capai standard camtu...tahan bola pun lekat kat kaki...ni Safiq Rahim 1st ball pun berterabur...hampeh.

Respek brother bertshirt Megadeth ni...heheh..
(sorry arr...handphone murah...zoom gambo jadi tak clear..)

5- Tapi takper la..yang penting 3 mata. Harap lawan S'pore besok game tak bosan....

(deaf...amacam...turun Larkin tak?)







Saturday, February 16, 2013

Beasts of the Southern Wild


Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook, ArgoLife of Pi



Beasts of the Southern Wild (2012)

Ini filem drama berat. Rasanya tak ramai yang boleh bertahan untuk menonton filem sebegini. Yang suka aksi, komedi dan cintan, ini bukan filem untuk anda. Saya sendiri cuma mampu bertahan selama 15 minit pertama sebelum mata mula rasa mengantuk. Kerana nak tau juga bagaimana jalan ceritanya, saya terpaksa menggunakan teknik mengelakkan ngantuk (fast forward ler...tu pun hampir2 tertidur juga...heheh..)

Ceritanya berkisarkan hubungan seorang anak perempuan dengan bapanya yang pemarah. Memang boleh tahan lakonan Quvenzhané Wallis. Tak hairan lah beliau terpilih untuk tercalon sebagai actress terbaik walaupun umur beliau cuma 10 tahun.

Filem begini bukan untuk saya dan saya tak pasti samaada ianya boleh menang filem terbaik.


**Tapi tajuk filemnya tu boleh buat tajuk album metal ek?



Friday, February 15, 2013

Life of Pi


Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook, Argo


Life of Pi (2012)

Dah lama tau pasal Life of Pi, bukunya bukan filemnya. Pasal saya memang selalu menyemak carta buku-buku best seller. Lama juga buku ni menduduki carta no 1. Pernah juga membacanya secara curi-curi lalu di kedai buku. Pernah terniat nak membeli tetapi disebabkan saya lebih mengemari buku-buku biography, hajat tersebut tertangguh sehinggalah kini.

Lama juga menantikan versi sedut ni, tanyata penantian itu memang berbaloi. Jalan cerita dah memang bagus bila ditambah dengan kesan khas visual CGI dan sinematografi yang dasyat hebat, memang bertambah-tambah bagus lah jadinya. Tak rasa bosan walaupun ianya jenis drama berat. Rasanya kalau tengok 3D lagi best kot.

Mungkin ceritanya terlampau luar biasa dan macam tak masuk akal (ini mengingatkan saya kepada gaya penceritaan filem Big Fish ) tetapi macam di pengakhiran ceritanya. Terpulanglah kepada kita untuk memilih cerita mana yang hendak kita percaya.

Nak review yang lengkap, sila ke blog En Adi Herman.




Thursday, February 14, 2013

Kiss This

Lagi yang terperuk dalam draf dari tahun lepas. (tak habis-habis..)
Album kompilasi yang dah 20 21 tahun.


Sex Pistols - Kiss This (1992)

Terus terang punk bukanlah makanan saya. Maka saya bukanlah ahli untuk bercakap mengenainya. Selera muzik bukanlah sesuatu yang boleh di paksa-paksa. Tetapi perlu saya akui muzik punk memang menarik. Aggresive, rebellious dan dalam masa yang sama melodic. Memang muzik untuk anak muda memberontak. Sekurang-kurangnya ia tidak lah meleweh. Entah kenapa saya memang mempunyai masalah untuk hadam lagu-lagu yang meleweh walau besar mana pun nama band tersebut, Pink Floyd contohnya.

Sejarah saya mendengar Sex Pistols adalah kerana  'Anarchy in the UK'. Ini Megadeth punya pasal. Malangnya saya tidak mempunyai ramai kawan yang into punk. Maka agak susah juga untuk saya mendengar material mereka.


Kaset kompilasi ini adalah satu-satunya material Sex Pistols yang saya ada. Jangan kata saya tak pernah mencuba. Dan saya rasa ianya amat sesuai untuk mengenal muzik Sex Pistols bagi beginner seperti saya. Tidak dinafikan majoriti lagu-lagunya sememangnya sedap sedap belaka. Tak hairanlah kalau mereka sememangnya popular.

btw, kalau bab punk ni, mungkin saya lebih mengemari Ramones.



Wednesday, February 13, 2013

Argo

Misi menjejaki filem2 yang tercalon sebagai filem terbaik untuk Anugerah Academy Awards 2013.
Yang dah tengok : Silver Linings Playbook



Argo (2012)

Cerita ini berdasarkan kisah benar tetapi apa-apa yang asalnya dari Hollywood memang susah nak dipastikan apakah sememangnya semuanya benar. Dan saya ada terbaca memang ada adegan yang di tokok tambah untuk menyedapkan jalan ceritanya.

Untuk menikmati filem yang menang filem dan arahan terbaik Golden Globe Awards ni, kita kena lupakan seketika samada ianya sebuah propaganda atau tidak. Nampaknya Ben Affleck pasca J Lo ni semakin bagus dalam filem-filem arahan beliau. Kesilapan filem seperti Gigli telah berjaya beliau tebus dengan filem-filem seperti Gone Baby Gone dan  The Town. Dan Argo membuktikan beliau sememangnya pengarah yang bagus. Dari segi lakonan beliau, pada saya biasa-biasa sahaja.

Saya cukup tertarik dengan suasana akhir 70an yang beliau gambarkan. Keadaan, pakaian dan semuanya memang menyakinkan. Mungkin beliau ada menokok tambah untuk menjadikan filem ini lebih saspen. Saya tak rasa pun adegan akhir di airport adalah kejadian yang sebenar. Tapi kalau kita abaikan hal-hal kontroversi yang terlibat, filem ini sememangnya boleh tahan.




Friday, February 8, 2013

Crimson Thunder

Lagi dikorek dari draf tahun lepas (banyak betul draf tahun lepas yang terbengkalai..)
Kaset yang dah 10 11 tahun.


Hammerfall - Crimson Thunder (2002)

Selain Rhapsody, Hammerfall lah yang membuatkan saya mula mendengar semula muzik heavy metal selepas 2,3 tahun meninggalkannya pada penghujung 90an dulu. Album awal mereka seperti Glory to the Brave, Legacy of Kings dan Renegade mengembalikan minat saya pada heavy metal sebenar selepas merasa bosan dengan muzik nu metal dan alternative yang berleluasa ketika itu.

Tak kisahlah kalau muzik mereka bukannya original. Original kalau tak sedap pun nak buat apa. Saya telah melepasi peringkat umur untuk mengejar originaliti dalam muzik. Bagi saya apa yang sedap, itu lebih penting. Tak kisah lah kalau nak jadi klon Iron Maiden, Judas Priest, Helloween, Manowar ker...janji sedap...saya peduli apa.


Walaubagaimanapun saya rasa Crimson Thunder tidak lah sehebat album2 awal mereka. Mungkin mereka terlalu mencuba untuk menjadi popular, hasilnya jadilah Crimson Thunder sebuah album yang sangat pop dan komersial bunyinya. Lagu-lagunya memang agak catchy tetapi agak sukar untuk melekat. Mungkin kerana lagu-lagunya seakan-akan sama sahaja.

Namun begitu ianya masih tetap sebuah album heavy metal yang bagus. Kalau anda masih merindui  muzik metal 80an di era nu-metal tanpa gitar hero ni, Hammerfall lah antara yang patut anda cari. Lagu-lagu seperti Riders On The Storm, Angel of Mercy, Crimson Thunder dan A Hero's Return pasti menghilangkan kerinduan tersebut.



Sunday, February 3, 2013

Hit and Run

Hit and Run (2012)


Ada 2 sebab kenapa saya meng'dowload" dan menonton filem ini. Pertama, kerana posternya yang menarik dan keduanya Bradley Cooper (kes baru lepas menonton 'Silver Linings Playbook')

Ternyata ianya sebuah filem komedi aksi yang tak mengecewakan saya. Nak kata best sangat pun tak juga tetapi mana-mana filem yang ada  bab pasal aksi berkereta dan mengunakan pula muscle car (dalam filem ini hot-rod 1967 Lincoln Continental) memang mengujakan saya.

Hero filem ini bukanlah Bradley Cooper. Tapi semenjak meletup dengan The Hangover, memang jarang nak jumpa dia berlakon sebagai pelakon pembantu dan berwatak jahat. Tetapi hero filem ini adalah Dax Shepherd. Filem ini ditulis dan diarahkan bersama oleh beliau. Perlu diakui beliau sememangnya seorang pelakon yang bagus, sayangnya beliau masih belum mendapat sebuah filem yang betul-betul boleh melonjakkan namanya. (untuk makluman kereta Lincoln yang di gunakan dalam filem ini pun adalah milik beliau)

Keserasian beliau bersama heroinnya Kristen Bell memang tak dapat di nafikan. Maklum lah mereka memang pasangan kekasih di luar filem. Tetapi yang benar-benar mencuit hati saya adalah watak lakonan Tom Arnold. Memang melucukan.

Kesimpulannya....Sebuah filem komedi aksi yang OK la.




Friday, February 1, 2013

V6

Lagi yang dikorek dari draf untuk entri tahun lepas...album rock melayu yang dah 10 11 tahun..


XPDC - V6 (2002)

Ketika XPDC terpecah 2, saya memihak kepada Mael dan Real XPDCnya. Tak kisah lah walau live dia hancur ker apa. V6 adalah XPDC yang bukan sahaja tanpa Mael, tapi ianya juga tanpa Zuar dan Amy. Maknanya hanya tinggal Izo sahaja anggota yang asal. (walaupun sebenarnya Yan adalah seasonist untuk seisi rakaman album2 XPDC sebelumnya)

Terus terang pada ketika itu saya sudah kurang berminat kepada XPDC. XPDC pada saya adalah album Kita Pengyu dan Brutal. Tetapi saya tertarik untuk membeli cd ini kerana dapat t-shirt percuma. Kira berbaloi la juga dengan harganya.



Lagu-lagunya ok, cumanya kurang lagu heavy. Kebanyakannya adalah lagu-lagu jenis mid tempo. Kurang dah rif-rif yang boleh hanguk kepala. Satu yang tak berubah mereka masih meniru Metallica. Bila Metallica berorkestra, mereka juga mahu berorkestra. Terdapat beberapa lagu slow yang berkonsep begitu.


Berdesup Cahaya dan Haprak adalah antara lagu yang berjaya menarik minat saya. Haprak adalah bunyi Metallica XPDC yang lama. Sakinah, Mongol Dah Pulang pun boleh tahan cuma rasanya masih tidak boleh menandingi lagu-lagu lama mereka. Dan tiada pula lagu slow yang benar-benar saya suka. Mungkin juga saya bias...