Monday, March 25, 2013
Rock Oo!
Rock Oo! (2013)
Entri ni bukanlah bertujuan nak me"review" sangat. Nak baca review aku rasa dah melambak2 dah blog lain buat (ni aku perasan masa nak search gambar poster kat atas tu)... nak baca review dari metal blogger pun boleh jer baca kat blog Xyrus Zone...(btw nice review bro)
Cuma nak sentuh beberapa perkara ajer...(kepada yang belum tengok...jangan takut...tak der spoiler..)
1- Cerita ni memang lawak...kalau anda biasa dan suka dengan komedi kartun Mamat Khalid...tentu Rock Oo! tak jadi masaalah...dah memang trademark filem dia macam tu kan....banyak adegan yang buat aku tersengeh...thumbs up!...cumanya sama seperti filem Rock (2005) aku mengharapkan ianya tidaklah kartun sangat...jalan cerita dah bagus dah...tapi bila dah kartun sangat...jadi kurang sikit la...tapi nak buat macamana...dah trademark di gitu kan..an..an...
2- Pasal kostume...aku rasa kekadang macam over sangat....atau mungkin memang Mamat Khalid saja jer buat camgitu...dia memang suka parodi kan...satu lagi rambut palsu tu...dari Rock (2005) pun...sungguh irritating...mungkin sekali lagi ianya hanyalah parodi Mamat Khalid...
3- Dari segi lakonan...Que Haidar dan Khir Rahman memang bagus...jalan cerita pun bagus...sayangnya aku rasa penghujung ceritanya macam terlalu cepat...macam nak cepat2 abis...aku rasa kalau cerita ni panjangnya 2 jam pun takder siapa nak komplen...mungkin budget constraint kot...
4- Rock Kapak (aku tak tau mana datang term ni...dulu2 masa 80an tak pernah ujud pun)..menurut filem ni rock kapak mati selepas tahun 1990...selepas kes potong rambut...kes gomen haramkan rock...sebenarnya aku tak berapa nak setuju sangat dengan statement ni...kalau di barat...hair/glam metal mati pasal grunge...tapi kat kat Malaysia ni mati pasal masuk tahun 1990...ujudnya kumpulan2 rock majalah..jenis takat pandai bergambar kat majalah...main muzik hancus...rakaman pun orang lain main, main lagu2 meleweh...cintan...satu album cuma ada 2,3 jer lagu heavy...lain semua leleh...mungkin jugak salah syarikat rakaman dan media...rock terus parah bila munculnya kumpulan2 huruf "S"...Spring,Spoon,Scoin,Scan dan ntahapahantah lagi....yang lebih menonjolkan lagu leleh....peminat rock sebenar (penulis antaranya) jadi meluat dan mula mendengar muzik yang lebih keras...thrash, death metal dan munculnya berderet2 band2 underground...itulah punca yang sebenarnya...mana nak jumpa band yang betul rock lepas 1990...SYJ (Sofea) yang ganas dari Hati Syaitan, Anak Liar pun jadi lembik dengan Mimpi dan Airmata....semua jadi leleh...filem ni pun sama...lebih banyak mempromosikan lagu2 leleh...mana lagu2 heavy???...sampaikan generasi sekarang kenal Rock Kapak adalah lagu "Suci Dalam Debu"...hampeh!!!...
Ok la...tu ajer...sekurang2nya nengok cerita ni boleh la bernostalgia 80an...paling seronok bila nengok poster2 yang tertampal...ada yang dulunya aku ada...bab2 ni memang betul2 mengamit memori...
REKOMENDED walaupun anda bukan mat rock pun..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"peminat rock sebenar (penulis antaranya) jadi meluat dan mula mendengar muzik yang lebih keras"
ReplyDeletehehehe~
statement berani mati tu aku memang setuju sgt (rujuk komen bro Ijau)...by the way, aku dulu pun pengikut aliran muzik grunge, memang benar ianya merosakkan arena glam rock, apa boleh buat, benda dah jadi, satu rentetan sejarah saja skrg ni...skrg grunge pun x byk org layan, dah jadi bahan arkeologi jugak dah (true story)
ReplyDeleteaku setuju dengan no 4 tu.... banyak band majalah Mangga....hehehe
ReplyDeleteyep. Pt 4
ReplyDeleteSpoon?
Gelak goleng2
tapi biasala kan, m'sia ni industri muziknya ikut zmn dan trend
ReplyDeletepernah suatu ketika semua org nak nyanyi lagu irama latin kes riki matin tgh femes (apa cer shawn baharin?)
tapi rock leleh 90an macam spoon tu tak ikut zaman...MTV tengah bergrunge...selamba jer Saari Amri / Eddie Hamid tapau scene muzik Malaysia...hebat!!...heheh...
ReplyDelete"Kerana Ajax telah mengokak itik serati hidup2 semasa persembahan..ape dia ingat ni Ozzy Osbourne ke ape?"
ReplyDeleteSokong sangat yg no.4 tu bro..band2 (kononnya) itu la yg menghancuskan industri muzik malaysi..meleweh,mendayu,putus harapan,putus cinta,wtf!
well..apa nak buat..itu kehendak pasaran. Banyak permintaan utk lagu leleh.Sebagai peniaga itu yg diutamakan, memuaskan permintaan dan memberi keuntungan. Kita sebagai pendengar yang mengetahui kena kritis dan menolak sesuatu yg tidak berkualiti itu....
ReplyDeletewalaupon saya lahir pada tahun 1988... tp saya sgt suka rock n roll 80an..
ReplyDeleteReview yang baik daripada seorang rockers..dari rockers...untuk rockers...
ReplyDeleterock kapak adalah suci dalam debu.?? hahaha.. adoiii.. search rock kapak.. wings pon sama..review yg best confirm nak tgk lah..
ReplyDeleterock kapak adalah suci dalam debu.?? hahaha.. adoiii.. search rock kapak.. wings pon sama..review yg best confirm nak tgk lah.. (ni account blog betul.. haha)
ReplyDeletereview yang telus dari seorang rocker.. rock on!
ReplyDelete*p.s: terperasan Ijau ada sebut Shawn Baharin aka Ricky Martin Malaysia.. ahahah!
jalan cita cincai dan banyak elemen lawak bodoh.. rock 1st & 2nd dua2 gua rasa tak best..
ReplyDelete