Monday, March 18, 2013

Run To The Hills

Buku autobiography yang baru habis di baca.


Iron Maiden: run to the hills : the official biography 

Ini buku pertama saya pasal Iron Maiden. Tak pasti ada berapa banyak buku pasal mereka dan berapa pula yang official. Tetapi apa yang saya tahu, buku tulisan Mick Wall ini memang mendapat pengiktirafan (authorised) dari Steve Harris sendiri.

Isinya padat dan menarik. Rasanya hampir lengkap untuk kita mengenal dunia Iron Maiden terutamanya cerita-cerita tentang bagaimana mereka bermula. Babnya dibahagikan tersusun mengikut turutan masa dari anggota yang awal hinggalah yang terakhir. Malah Rob Smallwood dan Andy Taylor juga ada bab khas untuk mereka. Cerita bagaimana mereka membesar, bila mula bermain/minat muzik dan bagaimana akhirnya mereka menjadi anggota dan pengurusan Iron Maiden.

Yang menariknya, saya selalu ingin tahu kenapa dan bagaimana Paul Dianno, Clive Burr, Dennis Stratton dan Doug Samson malah Adrian Smith dan Bruce Dickinson keluar dari Iron Maiden dan buku ini ada jawapannya.

Tak banyak yang saya nak komplem, cumanya kalau cerita perihal pembikinan album dapat di ceritakan dengan lebih detail tentu lebih menarik tapi tak tau lah jadi tebal macamana pulak bukunya nanti kan. Mungkin pasal tu boleh cari kat buku lain kot.

Untuk makluman, buku ini diterbitkan pada tahun 1998. Maka ceritanya hanya berkisar sehingga album Virtual XI. Alangkah baiknya kalau ada sambungan bagaimana Bruce Dickinson dan Adrian Smith boleh bergabung semula.

Lain-lain...layan gambar ajer la...

pic name

pic name

pic name



pic name

pic name

pic name

Sayangnya...gambar semuanya hitam putih..kalau colour mesti lebih menarik...


***kebetulan ketika menulis entri ini, saya mendapat berita tentang kematian Clive Burr pada 12hb Mac yang lalu...Another part of my youth passes away....R.I.P






8 comments:

  1. ada a few updated version.
    Yang cover foto 6 org sampai bruce n h join balik, yang cover dod sampai pembikinanan album dod. Sepatutnye ada lagi satu update, tapi terus habis2gitu je.
    Tapi ni official bio, aku konfem rod smallwood mesti dah censor banyak.

    ReplyDelete
  2. bukankah Mick Wall ni pun penulis buku yg sama buat biography Metallica "Enter Night" tu ker?

    ReplyDelete
  3. Adi...orang yang sama jugak kena maki ngan Axl Rose dalam lagu Get In The Ring...

    ReplyDelete
  4. tudia..... banyak bahan membaca nak kena carik nih

    ReplyDelete
  5. buku rasmi iron maiden?

    aku cuma ada onboard flight 666 je :(

    ReplyDelete
  6. best ni,boleh cari. Untuk memantapkan lagi pemahaman matapelajaran subjek Iron Maiden. \m/

    ReplyDelete
  7. Puas cari buku ni tak ketemu pun..

    ReplyDelete
  8. Ijau...setakat ni macam gitu la..

    Rafi...ebay,amazon dll ada...

    ReplyDelete