Album yang menyambut ulangtahun ke
Iron Maiden - Fear Of The Dark (1992)
Selama saya mengikuti Iron Maiden (semenjak Somewhere In Time), inilah album mereka yang saya tak beli/dengar/ambik tahu semasa ianya diriliskan walaupun saya ada kaset EP "Be Quick or Be Dead".
Ntah kenapa ketika itu saya agak tawar hati dan sedikit lost dengan Iron Maiden. Mungkin kerana tiadanya Adrian Smith dan kebetulan pada ketika itu selera muzik saya terarah kepada muzik yang lebih berat terutamanya thrash/death metal.
Percaya atau tidak, lagu Fear Of The Dark pertama kali saya dengar adalah di radio (tak ingat radio mana) versi live dari album A Real Live One. Tertarik dengan lagu tersebut membuatkan saya membeli kaset A Real Live One dan kemudiannya mula mendengar album Fear Of The Dark.
Pada saya album ini tidak konsisten. Ada lagu yang boleh capai tahap klasik contohnya "Be Quick or Be Dead","Afraid to Shoot Strangers","Judas Be My Guide" dan "Fear of the Dark" tapi ada pula lagu yang mengarut dan pada saya tak bunyi Maiden contohnya "Weekend Warrior","Fear is the Key","The Apparition" dan "The Fugitive". Tak pasti adakah lagu2 ini jadi begini kerana Janick Gers ataupun secara kebetulan sahaja sememangnya sebahagian dari lagu tersebut adalah ciptaan bersama beliau atau mungkin sememangya Iron Maiden telah tepu idea.
Mungkin juga saya tak rugi apa-apa kerana tak mendengar album ini ketika ianya diriliskan. Walaupun begitu semenjak saya ada cdnya selalu jugak saya mainkan terutamanya untuk mendengar lagu-lagu seperti "Be Quick or Be Dead","Afraid to Shoot Strangers" dan "Fear of the Dark".
Bukan album klasik Maiden, tetapi ada antara lagu-lagunya mencapai tahap klasik.
album yg membuatkan aku mula serius meminati iron maiden (2nd generation fans)
ReplyDeleteann neo Rock On One 90.5 FM kot? haha.
ReplyDeleteJudas Be My Guide memang terhebat.
Affraid to shoot strangers versi Blaze Bayley live pun best..memang kena la dia bwk lagu ni
ReplyDelete