Friday, April 5, 2013

Edge of Thorns

Album kegemaran yang dah berusia 20 tahun.


Savatage - Edge of Thorns (1993)

Tak pasti dengan orang lain, tapi untuk aku, Edge Of Thorns adalah album pilihan untuk tahun 1993. Disebalik kebanjiran muzik grunge dan alternatif ketika itu, Savatage dengan Edge of Thorns muncul sebagai penyelamat untuk heavy metal terus hidup. Sayangnya mereka sangat underated. Mungkin kematian Criss Oliva di saat album ini menghampiri kejayaan juga antara faktor menyebabkannya jadi begitu.

Pada aku ini album masterpiece. Tak kisah la kalau aku bias ker apa. Sememangnya aku peminat tegar Savatage terutamanya zaman mendiang Criss Oliva. Pertama kali mendengar solo2 hebat dia dalam album Gutter Ballet terus aku jadi minat. Memang gitar hero aku ni. Sayangnya bak kata Iron Maiden, Only The Good Die Young...



Dalam album ni memang banyak solo2 hebat dia. Memang lebih gitar oriented berbanding album sebelumnya. Maklumlah perancangan awalnya ini adalah album solo instrumental beliau selepas Jon menarik diri. Tapi atas pujukan Jon dan kemasukan Zak Stevens yang mepunyai vokal yang amat bersesuai dengan hala tuju Savatage yang baru, beliau bersetuju untuk meneruskan Savatage. Sayangnya ini adalah album terakhir beliau bersama Savatage sebelum kemalangan kereta yang meragut nyawanya. (6 bulan selepas album ini diriliskan).



Aku tak tau nak cakap apa lagi, tulis panjang2 pun tak guna (aku stuck 2 minggu nak cari ayat untuk siapkan entri ni). Senang cerita, semua lagu pun sedap sampai aku tak tau nak pilih mana yang favourite. Ini sememangnya sebuah album heavy/power metal yang wajib beli dan dengar. Gambar kulit albumnya sahaja dah cukup membayangkan isinya yang sempurna. Produksi dan sound pun tip top. Bagi peminat heavy metal atau gitar shredder...Edge of Thorns adalah album yang patut anda cari...

REKOMENDED!





4 comments:

  1. Ini album memang best woo..sayangnya versi kaset aku kena kebas.cari versi cd tak jumpa pun kat area kl ni

    ReplyDelete
  2. Edge of thorn lagu seday sey

    aku suka tengok video clip yang Savatage kat Brazil siang hari kat festival yang Manowar headline keluar dvd ke hapa tu.

    Jon Oliva relak je duk main keybod si Steven ni tukang nyanyi lead.

    ReplyDelete
  3. solo dia tersangat lah best... betulla ckp iron maiden Only the good die young, Cliff Burton, Randy Rhoads, Dimebag, Jimi Hendrix

    ReplyDelete
  4. really like this album..layan ajerla. kat kl nie susah tul nak cari cdnya... kaset aku dah bunyi tikus dah nie

    ReplyDelete