Thursday, May 2, 2013

Find Me Guilty

lari kejap dari cerita politik... :D


Find Me Guilty (2006)

Jangan tertipu dengan nama Vin Diesel. Ini bukan filem aksi. Jika anda bukan peminat filem bergenre courtroom drama, mungkin filem ini akan membosankan anda. Tetapi tidak kepada saya. Jarang filem begini mengecewakan saya. Apatah lagi bila ianya kisah mafia yang dicampurkan dengan eleman komedi.

Find Me Guilty adalah berdasarkan kisah benar. Mengisahkan seorang ahli mafia yang membela dirinya sendiri di mahkamah. Malah kebanyakan dialog semasa perbicaraan adalah berdasarkan rekod mahkamah. Ianya merupakan perbicaraan kes Mafia yang terpanjang dalam sejarah New York (21 bulan). Sedikit sebanyak ianya mengingatkan saya kepada filem "My Cousin Vinny".

Yang menariknya pada saya, kita akan dapat melihat Vin Diesel yang berlainan. Ternyata beliau bukanlah sekadar pelakon filem aksi. Lakonannya sebagai Giacomo "Jackie" DiNorscio sangat memberangsangkan.

Rekomended jika anda peminat courtroom drama.



2 comments:

  1. you want answers?
    i think i'm entitled to
    you want answers?
    i want the truth!
    you can't handle the truth!

    btw, my cousin vinny mmg best (walaupun cuma layan di tv)

    ReplyDelete
  2. Antara filem2 court room yg paling layan pernah aku tengok ialah Primal Fear (lakonan Edward Norton) dan A Time To Kill (lakonan Samuel L Jackson), perghh memang terbaik dan mind blowing!

    ReplyDelete