Wednesday, May 29, 2013

Insanity & Genius

Yang dah 20 tahun...


Gamma Ray - Insanity & Genius (1993)

Tak dapat tidak, Gamma Ray akan tetap dikaitkan dengan Helloween. Terutamanya beberapa album terawal mereka. Perbadingan siapa yang lebih "helloween" di antara  Helloween versi Michael Weikath dan Helloween versi Kai Hansen (Gamma Ray) akan tetap berlaku.

Selepas Sigh No More (1991) saya menjangkakan Kai Hansen akan melarikan diri dari imej Helloween. Tambahan pula Helloween sendiri pun sudah tidak berimejkan "Keeper Of The Seven Keys" melalui Pink Bubbles Go Ape (1991). Tapi jangkaan saya salah.


Insanity & Genius telah mengembalikan Kai Hansen kepada muzik Helloween. Track pertama "Tribute to the Past" benar-benar mengembalikan ingatan saya ke zaman Keeper Of The Seven Keys Pt 2. Lagu ini sebenarnya memang lebih Helloween berbanding Helloween yang ada pada ketika itu. Sayangnya lagu-lagu dari album ini tidak konsisten. Ada yang sekadar filler di telinga saya terutamanya beberapa lagu di track-track terakhir. Sayang...sangat mengujakan di permulaannya tetapi sedikit hampa di penghujungnya.

Ini juga merupakan album terakhir Ralf Scheepers. Mungkin ada yang tidak suka akan vokalnya. Perbandingan antara dia dan Michael Kiske memang tidak dapat dielakkan. Pada saya masing-masing ada kelebihannya. Sememangnya Ralf adalah klon Rob Halford. Kalau anda ada cd re-release terbitan tahun 2002 macam saya. Dengarkan kaver Judas Priest "Exciter". Memang saling tak tumpah macam Rob. Dan dia meninggalkan Gamma Ray pun pada asalnya kerana ingin menyertai Judas Priest. Sayangnya, impiannya tak kesampaian.


Walaupun begitu ada beberapa lagu yang saya suka dari album ini. Antaranya Last Before the Storm, Tribute to the Past, Gamma Ray dan No Return. Yang lain-lain tu bukanlah tak best, cumanya lagu-lagunya agak susah nak melekat. Jenis bila dengar ok...tapi lepas dari tu lupa dah....jenis sekali lalu....tapi kerja gitar Kai Hansen tetap terbaik. Riff-riff dan solo-solonya tetap hebat.

Mungkin bukanlah yang terbaik dari Gamma Ray maupun Ralf Scheepers. Kira ok ok ajer la...paling best dari zaman Ralf Scheepers bagi saya tetap album pertama mereka Heading for Tomorrow.
Senang cerita, ianya sesuai untuk peminat Kai Hansen dan sesiapa yang teringinkan Helloween lama walaupun tidaklah semuanya kearah itu.






6 comments:

  1. Pasal Helloween masa tu dengan Chameleon nya yg dah ke arah komersil.Gamma Ray try nak tarik peminat helloween la kot

    ReplyDelete
  2. tinggalkan Gamma Ray semata2 nak masuk Judas Priest? ermmm...salah perhitungan ni...

    ReplyDelete
  3. hari ni hari rabu, rajin la pulak ye?

    ReplyDelete
  4. Ijau...entri dah siap minggu lepas...tinggal touch up dan post...heheh...

    ReplyDelete
  5. Gamma Ray memang tarik peminat Helloween.... macam magnet.. kekuatan kat Kai Hansen

    ReplyDelete
  6. suara ralph ni menyebabkan saya tak suka album Gamma Ray dengan beliau. Only Kai rules!

    ReplyDelete