Tuesday, May 7, 2013

Selepas PRU 13...

Last cerita pasal PRU...pas ni kita rockin balik....

Sedikit analisa dari aku yang tak berapa nak pandai ni...
Aku cerita pasal Johor la...tempat lain aku tak tau...

kali pertama kawasan aku perang poster besar-besaran...dulu semua dacing ajer

1- PR dapat menembusi kubu kuat BN di Johor...DUN dari 6 jadi 18...PAS dari 2 meningkat jadi 4...

2- Yang nyatanya undi kaum cina sememangnya memihak pada PR. Tempat yang mana majoriti penduduk cina memang majoritinya jatuh ke tangan PR.

3- Kaum cina dah tak takut nak undi PAS. Walaupun media cina (didukung MCA) menakut2kan mereka pasal hudud. Tapi majoriti kaum melayu masih memihak kepada UMNO dan BN.

4- Contohnya...kawasan aku DUN Puteri Wangsa yang Melayu 40% dan Cina 47%, calon PAS Ustaz Abdullah Husin menang manakala di DUN Nusa Jaya Melayu 48% dan  Cina 38%, calon PAS Salehudin Ayub kalah.

5- Maknanya kata2 yang kononya org PAS jer undi DAP tapi cina tak undi PAS adalah tak benar. Sila semak fakta anda.

6 - Tempat yang DAP menang sememangnya kawasan majoriti kaum Cina dan majoritinya bertanding lawan MCA...kecuali Parlimen Gelang Patah...tu pun dulunya kawasan tu kawasan MCA.

7- Di FB ramai yang menyalahkan perpecahan orang melayu sedangkan cina bersatu bersama DAP. Tapi cuba renung2kan....Cina bersatu menentang kerajaan korupsi dengan sama2 mengundi DAP bukan MCA/Gerakan tetapi kenapa tidak orang melayu menentang kerajaan korupsi dengan sama2 mengundi PAS....bukankah PAS juga melayu???

8- Kempen perkauman memang hebat...dengan melayu ditakut2kan kononnya DAP akan memerintah...dan cina ditakut2kan kononya PAS nak buat hudud...tapi nampaknya kaum cina lebih cerdik dan matang...tak termakan dengan kempen racist sebegini...

9- Aku lebih respek dengan penyokong BN seperti Duktur Bentara yang memberikan fakta berbading lebih cenderung memainkan politik perkauman.

10- Apa?...aku melayu tak sedar diri....sebelum Lim Kiat Siang menang di Gelang Patah pun...mana pergi tanah2 di Nusa Jaya...mana pergi tanah2 di sepanjang selat tebrau?...dia ker yang jual?....sekali lagi...sila semak fakta anda...

11- Cina pun rakyat Malaysia juga beb....bukan pilihan mereka nak lahir jadi cina...cuma kita ni lebih bernasib baik dilahirkan muslim...sepatutnya tugas kita buat dakwah pada mereka...bukannya menakut2kan mereka....budak2 cina opis aku cakap...."kita tak kisah pun siapa perintah Malaysia...kita tau apa dia perlembagaan Malaysia...apa yang kita hendak...adalah kehidupan yang lebih baik..."

12- Sudah2 lah cerita pasal racist...kata 1Malaysia.....


Ok...stop sini...minta maaf jika post2 berunsur politik aku menyinggung perasaan....apa pun perbezaan politik kita....kita semua tetap sahabat....selepas ni Berteromber akan rocking kembali.....



p/s - tahniah buat Ustaz Abdullah Husin (ketua dewan ulama PAS Johor) dan rakan2 petugas atas kemenangan PAS di Dun Puteri Wangsa...sekurang-kurangnya ada dah wakil ulama dalam Dun Johor...Alhamdulilah.








8 comments:

  1. haaa! Yang ni baru in-depth coverage, entri aku hari ahad tu x detail sangat. Setuju dgn pendapat lu bro, stop racism immediately...ajaran Islam yg sebenar xda menganjurkan benda2 negatif sebegini.

    ReplyDelete
  2. ohhh nama saya tertera. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. No heart feeling bro..rock jalan terus.muzik rock/metal yg ramai dok kata sembah setan ni la yg menyatukan kita semua.kata 1Malaysia ya tak?jangan la racist sangat buat mereka kat luar sana tu..geng2 metal aku yg bangsa cina pun ok je takda nak timbulkan hal racist ni.

    ReplyDelete
  4. steady post ni... sebenarnya diorang dah gentar...sebelum PRU14 kenalah buat sesuatu untuk menarik kembali kepercayan kaum cina kat BN...

    ReplyDelete
  5. "sekurang-kurangnya ada dah wakil ulama dalam Dun Johor"

    wakil ulama?
    ulama apa ni?
    ulama demokrasi?
    ulama wakil rakyat?

    http://bengkelnlp.blogspot.com/2013/04/dr-ak-wakil-rakyat-atau-wakil-allah-1.html

    http://fitrahislami.wordpress.com/tag/wakil-rakyat/

    ReplyDelete
  6. PC kokak...jawapan tentang ulama jadi wakil rakyat oleh Syekh Abdul Aziz bin Adullah bin Baz rahimahullah...

    "Masuk ke dalam parlemen dan dean legislatif adalah sangat berbahaya.Masuk ke dalamnya sangatlah berbahaya.

    Akan tetapi barang siapa yang masuk ke dalamnya dengan landasan ilmu dan pijakan yang kuat, bertujuan menegakkan yang haq dan mengarahkan manusia kepada kebaikan serta menghambat kebatilan, tujuan utamanya bukan untuk kepentingan dunia atau ketamakan terhadap harta, ia masuk benar-benar hanya untuk menolong agama Allah, memperjuangkan yang haq dan mencegah kebatilan, dengan niat baik seperti ini, maka saya memandang tidak mengapa melakukan hal itu, bahkan seyogyanya dilakukan agar dewan dan majelis seperti itu tidak kosong dari kebaikan dan pendukung-pendukungnya.

    (Ini) iila ia masuk (dalam perlemen) dengan niat seperti ini dan ia mempunyai pijakan yang kuat agar ia dapat memperjuangkan dan meMpertahankan yang haq serta menyerukan untuk meninggalkan kebatilan. Mudah-mudahan Allah memberikan manfa’at dengannya hingga (dewan) itu dapat menerapkan syari’at (Allah). Dengan niat dan maksud seperti ini disertai ilmu dan pijakan yang kuat, maka Allah Jalla wa ‘Ala akan memberinya balasan atas usaha ini.

    Akan tetapi jika ia masuk ke dalamnya dengan tujuan duniawi atau ketamakan untuk mendapatkan kedudukan, maka tidak diperbolehkan. Sebab ia harus masuk dengan niat mengharapkan Wajah Allah dan negeri Akhirat, memperjuangkan dan menjelaskan yang haq dengan dalil-dalilnya agar semoga saja dewan dan majelis itu mau kembali dan bertaubat kepada Allah."

    (Fatwa ini dimuat dalam majalah Al Ishlah edisi 242-27 Dzulhijjah 1413 H/23 Juni 1993 M. Adapun terjemahan ini dinukil dari buku Ash Shulhu Khair terbitan Jama’ah Anshar As Sunnah Al Muhammadiyah di Sudan).

    ReplyDelete
  7. "Masuk ke dalam parlemen dan dean legislatif adalah sangat berbahaya.Masuk ke dalamnya sangatlah berbahaya."

    bukan ke yg "haq" dlm dewan demokrasi ialah suara majoriti?

    ReplyDelete
  8. tu sebab haq majoriti dalam demokrasi kena bagi kat Ulama...bukannya yang macam Najib...

    ReplyDelete