Thursday, January 30, 2014

Cuts Like a Knife

Lagi yang tersangkut dari draf tahun lepas...

Antara yang mengamit memori dari 30 31 tahun yang lalu..


Bryan Adams - Cuts Like a Knife (1983)

Mendengar lagu "Cuts Like a Knife" dan "Straight from the Heart" dari album ini benar-benar mengembalikan memori saya di zaman budak-budak. Ketika itu (1983 dan 1984) abang saya cukup rajin mendengar lagu-lagu inggeris dari radio 1 Singapura. Disebabkan kami berkongsi bilik, apa yang beliau dengar secara otomatiknya menjadi pendengaran saya juga.

Terasa diri sangat advance ketika itu. Apakan tidak, ketika rakan-rakan sekelas saya sibuk menyanyikan lagu-lagu Alleycats, saya sudah pandai menyanyikan lagu Duran Duran. Maklumlah budak felda seperti saya. Manalah ada yang dengar lagu orang putih. Rancangan Saturday Spin kelolaan Roger Kool adalah antara rancangan kegemaran kami. Manakala rancangan permintaan pula adalah tempat untuk kami merakam lagu-lagu kegemaran kami. Paling tak suka selalu bab intro ada jer suara dj jadi pengacau...hehehe...

Walaupun saya banyak didedahkan dengan lagu-lagu new wave, tetapi jiwa saya cukup tertarik dengan lagu-lagu yang guitar oriented. Makanya lagu-lagu Bryan Adams menjadi pilihan. Mungkin itu petanda awal yang saya sukakan muzik rock. Lama dah saya cuba mencari album ini. Ebay dan Stok E sekali lagi membantu. Dengan harga yang tak sampai pun RM14...memang pucuk dicita ulam mendatang la...


Dengan ini saya sudah hampir mempunyai kesemua album kegemaran dari zaman hard rock beliau. Reckless, Waking Up the Neighbours malah kompilasi So Far So Good. Yang lainnya saya kurang berminat. Album-album selepas itu beliau sudah jadi meleweh dengan lagu-lagu balada pop rock.

Ini adalah album yang memperkenalkan beliau di peta dunia. Mungkin ada yang tidak tahu, lagu "Don't Leave Me Lonely" adalah lagu ciptaan beliau bersama drummer KISS, Eric Carr. Beliau terlibat dalam proses penciptaan lagu untuk album KISS - Killers (1982). Lagu "Don't Leave Me Lonely" asalnya hampir digunakan untuk album KISS - Creatures of the Night.

Zaman terbaik Bryan Adams. Sekurang-kurangnya untuk saya...

"Everywhere I go, the kids want to rock..."









3 comments:

  1. Saya baru tau yg lagu "I'm ready" asal dari album ni rupanya, versi unplugged kedengaran lebih orchestra oriented dan penuh emosi, manakala versi album asal lebih edgy sedikit. Nice...

    ReplyDelete
  2. aku tape Heaven pakai videoclip televisyen haha.

    ReplyDelete
  3. "Straight from the Heart" betul2 memang kenangan mengusik jiwa la..lagu heaven pun sama..paling aku tak suka lagu dia duet dengan bdk spice girls tu sapa nama nya..tak kena langsung dengan vokal Bryan adams ni

    ReplyDelete