Monday, February 3, 2014

Vs Terengganu PBDKT T-Team

Piala FA 01hb Februari 2014

Johor Darul Takzim 2  T-Team 1
(Luis Figueroa 15′, 20')
(keputusan separuh masa pertama - perlawanan ditangguhkan)


Memang tak best kalau sesuatu perlawaan bolasepak itu lebih diingati kerana sesuatu yang berlaku bukan sebab bolasepak. Tapi apa nak buat perkara dah terjadi. Aku mengambil sedikit masa untuk membuat entri ini kerana aku sendiri pun nak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku.

Sebenarnya memang pelik. Kami di stadium tak nampak apa-apa kejadian ganjil pun. Semasa game semua ok. Aman damai ajer. Takder pula gaduh-gaduh ker apa. Yang kami tahu memang majoriti dari kami termasuk pemain memang tak puas hati dengan mutu pengadilan. Itu ajer.


Tapi bila semua pemain JDT dah keluar untuk memulakan masa ke2 tetapi pemain-pemain T-Team tak juga muncul-muncul, aku dah agak dah mesti ada sesuatu yang tak kena. Kesian kami di stadium tertunggu-tunggu. Tak ada apa-apa pengumuman pun. Bila dah 10.30 malam, nampak jurufoto akhbar dah kemas barang, budak pungut bola pun dah blah dan pemain-pemain JDT dah pakai jaket dan melambai-lambai ke sekeliling stadium. Aku dah rasa yang konpem perlawanan tak akan disambung. Time tu penonton dah start balik termasuklah aku.

Masa aku dah kat luar stadium barulah terdengar pengumuman yang perlawanan ditangguhkan. Tiada penjelasan kenapa dan apa yang berlaku. Memang semua penonton pun tertanya-tanya. Aku buka facebook baru tau adanya kes gaduh kat terowong bilik persalinan. Orang yang kat luar stadium lebih tau apa yang berlaku dari kami yang di dalam stadium rupa-rupanya.


Sedikit coretan pasal perlawanan tersebut.

1 - Stadium macam biasa penuh. Tapi yang menariknya pertama kali aku terserempak dengan 4 orang peminat berbangsa cina. Yang kaum india dah biasa dah. Semua berjersi JDT yang perempuan siap ada nama kat belakang jersey. To Jennifer, i respek you.

2 - Yang agak lawak brader kat depan aku bagi arahan untuk kawannya yang berada kat bawah menggunakan handphone. Dengan suara kuat memberi arahan pandang ke kanan sedangkan sepatutnya suruh pandang ke kiri. Sampai sudah pun kawannya tak akan nampak.Kami disekeliling dengan sporting menjerit dan melambai ramai-ramai dengan arahan yang betul. Kesian pulak aku tengok brader dan kawannya tu pulak yang tersipu-sipu malu...hahaha...

3 - B.O.S ada beberapa lagu baru untuk pemain. Antaranya lagu untuk Pablo Aimar dan Luis Figueroa.

4 - Bosan menunggu game tak mula, selepas lagu FAM Bangsat...keluar pula lagu "Kami bayar tiket 10 ringgit"...siap satu stadium keluarkan tiket melambai sambil nyanyi bersama-sama. Bosan lagi keluar pulak lagu "Esok kami kerja"...hahaha...dalam kebosanan menunggu...benda-benda macam ni lah dapat menghiburkan hati...memang rasa meriah...tambah pulak lepas tu semua main flashlight handphone...memang nampak cantik la...

Senang cerita secara kesimpulannya, pemainan masa pertama memang best. Main cantik. JDT control game abis. Yang tak bestnya mutu pengadilan masih hampeh. Tackle2 keras macam masa lawan Lions X11 terus berleluasa. Penonton pun meriah dan sporting. Lebih meriah dari geme tempohari. Sayangnya game pulak tak abis...

Tak berani nak tuduh sesiapa tetapi dari sumber orang yang berada di tempat kejadian (bukan sumber dari internet) dapat aku rumuskan takder angin tak akan pokok bergoyang. Kerana mulut/perbuatan badan binasa. Tak ada sesiapa membeli jika tiada yang menjual....tunggu ajer la apa keputusan FAM...


"LUASKAN KUASAMU!"



6 comments:

  1. point #4 tu mcm best je hahaha... mesti mcm tgk konsert rock kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 best....satu stadium bergegar nyanyi sama2....

      Delete
  2. Mati la sikit2 tak mau main, sikit2 takut keselamatan diri. Ni bukan lawan team yang penyokong dia tepi padang pegang kapak siam cam dulu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju deaf...isu kat terowong bilik persalinan sepatutnya takder kena mengena dengan game...bukannya kes penonton merusuh pun nak takut keselamatan....kat situ polis dan pegawai FAM semua ada....rasanya kat liga antarabangsa pun pernah berlaku...tapi game jalan macam biasa....ni semua saja nak buat isu kontroversi...poyo betul...lagi satu...maaflah...aku bukannya penyokong keganasan dalam sukan....bola sepatutnya sukan untuk semua orang bersatu....tapi kalau dah kurang ajar...tak orang tak kita...sekali sekala memang itu makan dia....

      Delete
  3. Macam2 cerita yg aku dengar,kat fb lagi la macam2..tapi terbaik la penonton sporting..nasib baik tak jadi rusuhan cam konsert metallica/ gnr dulu tu..heheh..
    Btw,kalo nama awek ingat saje eh bro?hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul beb...penonton semua ok jer...kita datang nak tengok bola...takder gaduh2 pun...sporting abis walau rasa macam kena tipu...maklum lah ada yang datang dari jauh kan...kekadang yang kat FB tu macam dia yang pergi stadium...lebih kuah dari sudu...ntahapahapa la....

      btw...bab nama awek...minum secawan semut pun tetap boleh ingat...hahaha...

      Delete