Friday, February 7, 2014

mangrove tour langkawi

Sambung lagi kisah di langkawi...

Antara aktiviti yang aku teringin nak buat masa di Langkawi adalah menaiki bot menyusur sungai atau apa yang dipanggil sebagai Mangrove tour...So kat sini aku kongsi la pengalaman aku kat sana. Banyak gambar sebenarnya...tapi aku tampal mana yang berkenaan ajer la...kang panjang berjela pulak entri ni.



Oleh kerana pergi ni masa bulan dec yang lalu...aku dah hampir-hampir terlupa berapa harganya. Pakejnya ikut jam...ada yang 1 jam atau 2 jam...tak silap aku satu bot untuk yang 2 jam dalam RM250 - 300 kot...agaknya la...


Inilah bot yang kami naik...boleh muat dalam 8 orang kalau tak silap...suka..suka juga...tapi dari segi kesalamatan memang hampeh la...takder jaket keselamatan yang disediakan...pelampung pun cuma ada 2...kalaulah ada apa-apa kejadian buruk...memang tak tau la aku nak cakap...kalau semua terer berenang takper la jugak...


Perjalanannya menyusur Sungai Kilim...tak pasti aku berapa KM jauhnya...pergi lalu sungai...balik lalu laut...


Memang sibuk sungai ni...banyak bertembung ngan bot2 pelancong yang lain...laju-laju pula tu memasing...saspen gak aku takut berlaga...ada bot yang ada jaket keselamatan macam gambar kat atas...mungkin yang ni jenis pakej resort...proper sikit...yang aku sewa ni kira macam teksi sapu la...


Sepanjang sungai tu ada beberapa tempat yang bot akan berhenti. Yang pertamanya kat satu kawasan burung helang. Ada bot yang ada pakej Eagle Feeding. Bot aku takder...cuma berhenti sekejap tengok burung helang. Tu ajer la gambar yang dapat aku tangkap. Guna kamera handphone memang susah le nak dapat tangkap gambar helang yang tengah berterbangan tu...


Sungainya takder la besar mana...dalam ker tak tak pasti pulak aku...tapi jalan kat tepi-tepi tu saspen gak aku...buaya memang aku tak takut la...(tak pasti sungai ni ada buaya tak...lupa pula nak tanya budak driver bot...tapi yang aku tau...buaya memang takut bunyi bising enjin bot...ni jurulatih kem bina semangat yang cakap masa aku ikut berkayak kat sungai mersing dulu)

Tapi aku saspen ular...rupanya memang ada ular...bot aku tu siap berhenti tunjuk ular yang tengah tidur kat atas pokok...sayangnya guna kamera handphone...hampeh nak zoom jelas tak dapat...so tak yah la letak gambar...


Ni pula ketika bot nak masuk lalu dalam gua. Gua ni namanya Gua Buaya.


Keadaan dalam gua. Gelap gelita. Kelawar banyak la. Sayangnya ambik gambar tak nampak. Sekali lagi rugi tak bawak DSLR


Gua ni di panggil gua buaya bukanlah pasal ada buaya kat dalamnya. Tapi mengikut cerita budak driver tu sempena rupa gua tu yang macam muncung buaya. Tak pasti korang boleh cam tak rupa muncung buaya dengan gigi-giginya kat gambar atas...


Next...berhenti pulak kat kawasan monyet. Memang banyak monyet. Kat sini bot yang aku naik ni ada sediakan roti untuk bagi makan kat monyet. Budak-budak suka la. Nasib jugak la monyet tu tak melompat naik atas bot.


Pastu singgah pulak Gua Kelawar. Ni kena turun dari bot. Jalan-jalan masuk gua. Ada bayaran. Lupa pulak aku berapa RM.


Dalam gua ni dorang tak bagi ambik gambar. Takut-takut batman dan dracula yang tengah tidur terjaga...hahaha...

Macam biasa la dalam gua selain kelawar...boleh nampak stalaktit dan stalagmit...ni dulu masa sekolah jenuh menghafal mana yang bawah mana yang atas...heheh...



Kemudiannya balik...menuju ke laut...bot tak patah balik lalu sungai...ni memang masa driver bot speeding abis...siapa yang mabuk laut tu jaga-jaga la...


Sebelum balik...singgah dulu kat Fish Farm...macam-macam ikan ada kat sini...pari besar pun ada...lupa pulak nak ambik gambar...


Ikan buntal jer yang aku teringat nak ambik gambar...heheh..


Yang bestnya kat atas pelantar fish farm ni ada restoran. So boleh la pilih dan beli ikan segar suruh dorang masak. Ikan, ketam, udang semua pun ada.


part yang paling best...dah tentu-tentu la MAKAN!!!...heheh...sebenarnya pakej kita orang tak der masuk makan kat restoran ni...tapi atas budi bicara driver boat dan up sikit upah dia...tambah lagi satu jam untuk makan-makan....


So gitulah lebih kurang sedikit sebanyak mangrove tour aku semasa kat Langkawi. Sesiapa yang tersesat kat sana boleh la mencuba. Seronok juga beb...


sebenarnya ada bepuluh gambar lagi masa naik bot ni...tapi tak larat pulak aku nak pilih dan sorting...ni kira ok la kot...guna kamera handphone jer pun...Nanti ada lagi sambungan pasal trip Langkawi ni...tunguuuu...



8 comments:

  1. Dalam banyak blog aku pergi termasuk blog kaum pompuan masak2 ,
    aku rasa ni antara posting terbaik so far in 2014. Fabulous and informative.

    Yes, eagles tu, aku memang tahu ada something special pasal mangroves tours ni tapi rupanya banyak lagi.
    Cuma, pada pendapat aku, bot ko naik tu takde pelampung, safety jacket, apa2. Risiko tu.

    ReplyDelete
  2. tengah tunggu sambungan dia.... heheh...

    ReplyDelete
  3. melihat pics ni semua, membuatkan aku rindu betul dgn Langkawi...

    ReplyDelete
  4. Where eagles dare..aku sekali je sampai langkawi tapi tak penah naik bot mcm tu..tq for the info bro.terbaik punya entri.

    ReplyDelete
  5. $alam sesiapa nak ke Langkawi saya ada homestay btul2 tgh pekah kuah.. 3blik full aircond pantry n ruang tamu.. semalam rm250 2 mlm ke atas hanyalah rm220 sahaja.. selain itu saya juga mnyediakan mangrove tour 2 jam dgn hrga rm170 sahaja !!! island tour keta sewa pn ada hubungi sy na 0134569984 ana..

    ReplyDelete