Friday, February 14, 2014

The Battle Rages On...

Lagi entri yang tersangkut dari tahun lepas...

Album dari band kegemaran yang yang menyambut ulang tahun ke 20 21


Deep Purple - The Battle Rages On... (1993)

Jarang ada rilisan dari Deep Purple yang mengecewakan. Apatah lagi jika ianya dari MK 2. Walau apa pun zamannya Deep Purple tetap Deep Purple. Tak kisah la zaman grunge ker apa...mereka tetap rocking. Takdernya mereka nak terikut-ikut zaman sangat.

Tetapi mungkin disebabkan faktor itu lah album The Battle Rages On kurang mendapat sambutan. Sangat berbeza ketika mereka melakukan reunion buat kali yang pertama pada tahun 1984. Ketika itu album Perfect Strangers berjaya mencapai tahap platinum di US. Mungkin pada ketika itu muzik rock belum terlampau jauh berevolusi seperti tahun-tahun 90an. Tahun 80an semua muzik gitar berdistortion di panggil rock atau heavy metal. Masih di anggap dalam satu kelompok sama. Tidak seperti tahun-tahun 90an yang mula memisahkan genre-genre rock dan metal hingga menjadi bermacam-macam genre serpihan. Peminat sesuatu genre serpihan itu akan mengangap satu genre yang lain sebagai tidak cool atau ketinggalan zaman. Dan media mainstream juga mengiyakannya. Mungkin ini lah penyebabnya grunge meletup dan segala band hard rock 70an dan 80an di anggap ketinggalan zaman.

Tetapi jangan ingat apa yang dianggap ketinggalan zaman dan tidak dihiraukan oleh media mainstream itu sebagai tidak bagus. The Battle Rages On sebenarnya cukup bagus. Kembalinya Ian Gillan seolah-olah mengembalikan Deep Purple yang dulu. Mereka kembali straight to the core. Tiada lagi pop Joe Lynn Turner. Muzik klasik hard rock ala Deep Purple yang lama. Ada sikit-sikit bunyi Rainbow pun iyer juga.

Banyak lagu best tapi tapi ada 3 lagu yang pada saya sangat best. 'Anya', 'A Twist In The Tale', dan 'Solitaire'. 'Anya' mempunyai sentuhan progressif dan epik. Melodic riff dan solo gitarnya antara yang terbaik pernah di hasilkan oleh Ritchie Blackmore. Lebih best kalau nengok versi livenya. (rujuk versi Come Hell Or High Water). Sememangnya antara lagu kegemaran saya. Klasik!

'A Twist In The Tale' pula adalah Deep Purple on speed. Membuktikan Ian Paice masih hebat. Masih ligat. Walaupun ada yang cakap lagu ni ada bayangan 'Spotlight Kid' - Rainbow. Tapi biasalah...dua-dua pun lagu Ritchie Blackmore. Tiada isu siapa tiru siapa.

'Solitaire' pula agak berlainan. Vokalnya dinyanyikan secara harmoni. Sangat melodic. Kali pertama dengar dah dapat tangkap. Paling menarik solonya bukan dari gitar Ritchie. Tapi solo keyboards Jon Lord. Memang hebat. Deep purple punya identiti sememangnya mereka berdua.

Sayangnya krisis antara Ian Gillan dan Ritchie Blackmore tidak berkesudahan. Sama seperti tajuk album...the battle rages on....Ini adalah album Deep Purple MK 2 yang terakhir. Ritche keluar semasa tour promosi album ini.

Sayang sungguh...dengan tiada lagi Jon Lord...maka tamatlah riwayat MK 2. The best Deep Purple untuk saya...



**Anya juga merupakan panggilan nama untuk anak sulong saya dikalangan keluarga terdekat. Sebutan pelatnya ketika menyebut nama dia semasa kecil melekat sehingga sekarang. Sayangnya dia tak berapa minat lagu Anya ni...maklumlah sebagai budak remaja zaman sekarang...apa yang selain dari K-POP bukanlah sesusatu yang cool....hampeh...heheh...







4 comments:

  1. Setuju..antara last album untuk line up klasik ni kalo tak silap..lepas tu baru steve morse join eh?

    ReplyDelete
  2. Very good review. Aku suka points kau.
    Ian Paice dahsyat la eh. Sampai skarang takde benda la dia ni main rock.

    Pasal genre tu aku kadang2 heran. Contoh senang Fireball la. Tu bapak speed metal tu. Yet...

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni muzik grunge pun dah diumpamakan seperti classic rock...true story.

    ReplyDelete
  4. Album ni dengan Album Perfect Strangers memang boleh dengar back to back secara marathon...

    ReplyDelete