Monday, February 17, 2014

Vs Selangor

Liga Super 15hb Februari 2014

Johor Darul Takzim 4  Selangor 1
(Baihakki Khaizan 11', Harris Harun 33', Luis Figueroa 52′, Fadhli Shas 58′)

"No Live No Problem"



(tak letak gambar tiket pasal tiket aku tiket tambahan)

Ramai yang tak puashati game ni takder siaran langsung. Sepatutnya game yang boleh dapat rating tinggi ni sekurang-kurangnya pun ada siaran tertunda. Tak pasti macamana polisi Astro dalam memilih game untuk siaran langsung. Bukanlah aku nak mengecilkan pasukan lain tapi rasanya game ni antara yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola Malaysia. Kalau JDT vs PKNS atau Felda tu aku pahamlah kalau takder...ker memang Astro ada dendam dengan PBNJ???...

Tapi takperlah...ni bebelan aku pasal perlawanan ni..(sory lambat update...pasal hari ahad adalah hari aku bermalas-malasan...malas nak menaip blog..)

1 - Disebabkan takder live kat tv, ditambah pula game hari sabtu, pagi-pagi dah sesak orang beratur kat kaunter tiket. Aku dipahamkan pukul 11 pagi dorang start pakai tiket tambahan (tiket yang takder tulis lawan apa)...tak lama lepas tu aku dengar tiket dah sold out...Adik ipar aku beratur pun tak dapat tiket. Ada yang aku dengar beratur sampai 3 jam pun habuk pun tarak...Nasib aku awal-awal dah dapat tiket...(maaf semua aku memang guna kabel)...adik ipar aku beli kad privilege biru (RM27)...dapat la dia nengok live streaming JDTV kat rumah..aku harap dorang boleh guna sistem on-line lepas ni...stadium dah canggih...tapi proses beli tiket masih ketinggalan...

Kat belah Selangor pun sendat...

2 - Aku masuk lambat..orang yang pegang tiket aku sampai lambat...so dapat la aku tengok kerenah orang ramai. Sampai pukul 6.30 pm masih ada yang berlegar-legar cari tiket. Ramai betul yang tak dapat masuk takder tiket. Ada ulat tiket jual tiket RM10 sampai RM80...melampau betul...Ulat tiket memang masih berleluasa...sebenarnya dorang ni bukan orang lain pun...aku tau yang jadi ulat ni semua ada kabel orang dalam jugak...orang biasa boleh beli 5 tiket sorang...tapi dorang ni boleh sampai 20....hampeh betul...

3 - Kesian juga ada fan Ultra Selangor yang tak dapat masuk....nak buat macamaner...Stadium Larkin bukanlah besar mana....Fan Johor sendiri yang datang dari jauh pun ramai yang tak dapat masuk...dengarnya peruntukan untuk fan Selangor sebanyak 300 tiket dah sold out....tu pun banyak juga fan Selangor yang beratur sama-sama beli tiket biasa...dengarnya ada berbelas bas yang datang...tu belum kira yang datang pakai kereta dan van sendiri...tapi RESPEK kat dorang yang cool jer walau tak dapat masuk stadium. Siap chant dan bergendang kat luar. Harap pihak JDTV dapat lah bermurah hati pasang skrin besar kat luar stadium..

"Di sini Selangor...Di sana Johor...Di mana-mana kita saudara..." Chant dari UltraSel yang tak dapat masuk stadium masa aku keluar nak balik...Respek!

4 - Di sebabkan aku masuk lambat...tak dapat la tempat strategik..kena duduk belah bawah..nasib juga bukan paling bawah...bawah tu memang sakit hati la view lindung pagar...nasib aku atas sikit...tu pun bola leret tak nampak kena lindung ngan board elektronik tu...hampeh betul..

5 - Stadium sendat macam sardin. 1st time dalam sejarah aku duk kat tangga...nak buat camner...dah tu jer yang tinggal...tak larat aku nak berdiri...tu pun sakit bontot wo duduk kat atas simen.

6 - Fan Selangor sama macam Kedah. Tabik!!..dorang memang sempoi dan sporting. Sebagai tanda hormat sekali lagi satu stadium berdiri bila fan Selangor nyanyi lagu negeri Selangor...

7 - Selepas tak boleh bakar flare dan baling resit...(tapi aku tengok kat stadium lain boleh jer...tak kena saman pun...double standard betul FAM ni...)...fan JDT main buih pulak...blowing bubles la pulak...meriah jugak...jangan yang ni pun FAM tak bagi jugak tak tau la nak kata apa...

Blowing bubbles...harap-harap gambar ni boleh nampaklah bubblesnya...heheh...

8 - Tentang penonton pulak...macam biasa sporting...termasuklah fan Selangor...takder provokasi....aku nampak ada 2 orang mat salleh berjersey JDT bersama-sama chant lagu "Luaskan Kuasamu"...terer jugak mat salleh ni nyanyi melayu...dan terserempak jugak dengan dorang masa sama-sama jalan kaki 2 km lebih ke tempat parking...memang sempoi...aku dapat tau kat FB cakap dorang ni staf pengurusan Legoland berasal dari Jerman...padan la lain macam jer bahasa dorang berbual...dan satu lagi yang menarik aku terserempak dengan pasangan yang suaminya berjersey Selangor dan isterinya berjersey JDT...tapi si suami mesti tension pasal anak mereka berjersey JDT...heheh...ni macam kes adik ipar aku la...isteri JDT..suami Kedah...tapi anak die-hard Selangor pasal lahir dan menetap kat Selangor...

9 - Tentang game memang best. Bagus tengok Harris Harun control midfield. Bila Aimar takder macam lagi bagus pulak dorang main...mungkin dorang lebih berani nak tonjolkan diri...kalau ada Aimar...macam semua bola nak kena pass kat dia...macam terlalu harap sangat kat dia...

10 - Selain Harris, aku nak puji Baihakki (kapten), Amri,Mahali dan Izham Tarmizi...paling sempoi lagenda Selangor Amri Yahyah la..walaupun fan Selangor chant "duit..duit...duit..." dia tetap datang kat belah fan Selangor tanda hormat....dan lagi satu lawak jugak dia ni...dah 2 kali dah aku nampak dia joget bila B.O.S nyanyi lagu untuk dia...

11 - Kira aku puas hati game ni...walaupun sengal bontot bersesak duduk atas simen...dah nampak dah keserasian dorang ni...takder dah main long ball macam dulu-dulu...harap ianya berterusan...

Dah 4...anak aku rilek main Ipad...heheheh...

Lepas ni liga cuti sebulan kan...bukan sahaja pemain...fan macam aku pun dapat jugalah rilek-rilek sikit...penat oii kalau setiap kali gi stadium sesak macam ni...


LUASKAN KUASAMU!






10 comments:

  1. Only consolation aku baca post ni ialah Baihakki dan Harris improve their game.

    Anyway, macam2 konspirasi sekarang bola Malaysia..Astro pun dah jadi bahan gossip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul deaf..Bai sejak2 jadi kapten ni lain macam dia punya semangat...aku rasa dia dan Harris dan buktikan kepada pengulas Astro Arena yang cakap beli import dari Spore adalah satu pembaziran....

      Delete
  2. betul juga..aku rasa pun game ni patut main kat astro hari tu,pendahulu liga tu selangor vs jdt lagi...apapun taniah lah untuk johor.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. No Live No Problem...hahaha...tapi sebenarnya banyak juga problem...

      Delete
  3. aku ni bknlah kaki bola atau kaki tgk bola... tapi bila dah tgk stadium meriah mcm ni, best la pulak, lg best klu pakat ramai2 buat mexican waves

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali try la rasa....bukan takat mexican waves...nak head bangin pun boleh....heheh...

      Delete
  4. Estrok memang hampeh skang..pilih kasih sama cam FAM jugak..tapi fan Selangor sporting sama macam kedah eh..terbaik entri ni.detail ceritanya..awek yg nama jennifer tu tak jumpa ke bro?heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sendat macam sardin bro...mana nak jumpa...heheh...

      Delete
  5. Replies
    1. TV3 tak boleh...hak penyiaran hanya ada pada Astro dan RTM...

      Delete